Ulam Bunga Kunyit


Hi..again..kali nih MC nak citer pasal ulam terbaru MC discover from a frined...dan dikidnap dari pokok adik..hahhha....

ulam yang MC maksudkan ialah Bunga Kunyit....jeng jeng ....tau tak or pernah tak makan bunga kunyit? Tahun 2011 ialah tahun bersejarah tuk MC sebab baru first time kenal  dan makan bunga nih..

cantik tak...tuh la selalunya guna ubinya ja as serbuk kunyit dan daun kunyit bila nak masak lemak siput sedut or rendang kan...

nih bunganya pulak...bebetul penuh kegunaannya setiap cipta Allah s.w.t

Baca la lagi tuk mengetahui khasiat bunga kunyit nih yer.......................



sumber:http://laman-seri.blogspot.com


Bunga kunyit pula berwarna putih atau kuning. Ia tumbuh majmuk seperti bersisik di sekeliling dalam satu induk. Bunganya tumbuh di tengah-tengah daun. Bunga kunyit enak dijadikan ulam yang dimakan mentah. Ia dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu dalam pantang (selepas bsersalin). Daun kunyit berbentuk lebar, tunggal, bertangkai panjang dan runcing di hujung. Tepi daunnya rata dan warna hijau cair.

Rizom dan akar berubinya digunakan untuk tujuan ubatan dan penyediaan makanan. Selalunya bahagian ini akan direbus dan kemudiannya dikeringkan. Kemudiannya ia dihancurkan menjadi serbuk. Pigmen kuning yang terdapat pada kunyit terhasil daripada kandungan utamanya, curcumin, yang juga merupakan ramuan ubatan paling aktif. Ramuan inilah yang telah menjadikan kunyit suatu herba ubatan paling utama sejak dahulu lagi.

Kunyit dan ramuan aktifnya, curcumin, telah terbukti memiliki sejulat luas tindakan penyembuh dalam kajian melibatkan haiwan mahupun kajian terhadap manusia tanpa mengakibatkan sebarang ketoksidan (keracunan). Kajian-kajian ini telah menunjukkan bahawa kunyit mempunyai sifat-sifat seperti antipengoksidaan, antiradang, antiplatelet, mengurangkan kolesterol, anti ketumbuhan, penyembuh luka, malah mungkin juga kesan anti-HIV.

Agen antibakteria

Dalam amalan Ayurvedic, kunyit memiliki khasiat ubatan yang banyak. Di Asia Selatan, kunyit digunakan sebagai antiseptik sedia untuk luka, luka terbakar dan luka lebam. Ia juga digunakan sebagai agen antibakteria.

Di beberapa negara Asia, kunyit diambil sebagai suplemen makanan, yang dipercayai membantu dengan masalah perut dan penyakit lain. Ia sangat popular sebagai teh di Okinawa, Jepun. Di Pakistan juga menggunakannya sebagai agen anti-inflamasi, dan ubat untuk ketidakselesaan pencernaan berkaitan dengan sindrom kerengsaan usus dan gangguan pencernaan lainnya. Di Afghanistan dan barat laut Pakistan, kunyit diletakkan di atas sepotong kain yang dibakar, dan diletakkan di atas luka untuk membersihkan dan merangsang pemulihan. Di India, selain perubatan Ayurveda, penggunaan kunyit dipelbagaikan dalam bahan kosmetik seperti krim kulit dan dieksport ke negara jiran.

Kurangkan darah beku

Kunyit atau lebih dikenali dengan nama turmeric (Inggeris) ini dikatakan mempunyai khasiat ubatan tersendiri. Kunyit dikatakan mampu digunakan untuk merawat arthritis (sakit sendi) dan asma (lelah), masalah kurang pencernaan, jaundis (sakit kuning), masalah hati dan pepundi hempedu.

Kajian telah menunjukkan bahawa curcumin mempunyai sifat-sifat melindungi hati daripada sebilangan sebatian toksik. Kunyit juga menghasilkan kesan menggalakkan pengaliran hempedu. Selain itu, kunyit turut mengandungi beberapa sebatian asli yang bertindak sebagai bahan antiasid asli yang melindungi salutan perut daripada asid berlebihan dan pembentukan ulser. Kunyit juga dikatakan telah terbukti berupaya mengurangkan platelet (suatu bahan kandungan darah yang terlibat dalam pembekuan darah) daripada bergugus-gugus, lalu memperbaiki peredaran darah dan membantu melindungi daripada arteriosklerosis.

Kecutkan rahim selepas bersalin

Dalam perubatan Cina, akar atau ubi kunyit digunakan untuk merangsang pengaliran san menguraikan pembekuan darah dan lebam. Kunyit juga digunakan dalam rawatan mengurangkan kemurungan. Perubatan Thai menggunakan kunyit untuk membuang bisa ular tedung. Bagi masyarakat Melayu, kunyit diumumkan sebagai bahan ramuan jamu terutamanya kepada ibu-ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dalam ilmu perubatan Hindu, kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit dan gatal-gatal.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan kunyit, namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak yer semua




0 Komen:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.