No More....Si putih yang nakal

Sadly..





YODA is gone...  😭
Mac 2017 ....a month before his birth month.
Love you till jannah...
He is one of my sweetheart...and miss him .. every day since last moment with him

what is happening before his last moment

- i change my blog layout.. and a countdown for his age is missing.
- he become naughty as ever... some attention needed.pee and poo outside box. so once a while he is punish by spending time in cage..a big cage.
- a big bang sound like a heaviest item drop on floor till the floor shacking - after hear it, i go and check all cats in house and count to make sure all is there and to see their well being. and i saw yoda is standing in position to pee. so just leave them ...
- its one or two day later...i come in back to clean up and cuddle with them...i saw YODA is lying down and his body still tender but his nose is bleeding and no more breath. 😭
-i didnt have any sign or feeling like there is something wrong with my cat as usual...
He has left us.....my fluffy whitey ..sadly..
He has been with us for a great 5 year...thank you sweetheart for being our pride n joy...you fill up our life with love and comfort.

Suspected cause of death: fall from a high place  or a heart attack. 
 

Donut First Timer

Hi semua.....anak buah saya tere wat donut gebu gebas...

saya pernah tolong kawan and anak buah buat donut but tuk buat sendirian no yet...

huhu... time to try out...dah pernah minta resepi sebelum ni...tapi mana ntah letaknya..haisy

so kali kedua minta, fefaham la kan...hihihi

so langkah berjaga-jaga..kita paste je resepi di sini untuk peringatan diri dan kongsi dengan kekawan sekalian. Jom kita cuba..



Resepinya...

Bahan A

4 cawan tepung gandum
3 sudu besar majerin
1 biji telur
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil  garam
4 sudu besar susu tepung

Bahan B

1 paket mauripan (11g)
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula
1 cawan air suam

Cara-caranya:

  1. Bahan A-gaul rata hingga jadi seperti serbuk roti
  2. bahan B satukan sehingga berbuih
  3. satukan bahan A dan Bahan B, uli sampai tidak melekat pada tangan
  4. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan doh selama 1 jam
  5. Dah kembang , tumbuk² sikit don, kemudian terap.Biarkan seketika bagi doh yang telah dibentuk kembang sekali lagi.
  6. Goreng....salutkan dengan gula castor sebelum ngapppp..makan.


huhuhu....bentuk dah ada..first time buat tekstur agak fail.so going to try again later...maybe sebab saya uli sekejap sangat sebab dah kalut nak keluar jejalan lak...hihi..


Resepi Vadei...

Hi ....

Every friday...tuesday...ada satu aktiviti yang ditunggu2 ..

"Singgah pasar malam ...beli vadei."

Lain dari yang lain la.....nipis dan garing serta cukup rasa..menjadi dambaan tekak setiap minggu
Baik suami, mahupun saya...



Hari Jumaat ...pasar malam bukit changgang dan selasa pula...pasar malam olak lempit...huhu

Tetiba hari isnin pun dia(Suami saya..hihi) mencari juga...haila....kena try buat sendiri ni...

huhu...mencari resepi yang paling simple dan mudah...maka terjumpala di blog

Resepi Sheila Rusly
sumber : http://www.resepisheilarusly.com

Sebenarnya beli barang nak buat lama dah...so bahan dah ada..semalam try test resepi..

Mari kita mula memasak....jom masuk dapur





Bahan-bahan:-
250 gm. kacang dal Australia kerana ia lebih lemak dan kurang bau.
-   Basuh dan Rendam selama 4 jam atau lebih. Selepas tempoh rendam, kisar sedikit dan toskan dalam penapis. 

Nota: 
-  Sebelum kisar keseluruhan kacang dal , ambi dua sudu besar  dan simpan.
tips saya: ambil lebih pun ok , klu suka tekstur kacang yang lebih :
2 tangkai cili kering dihiris halus.
tips saya: nak pedas tambah je lagi cilinya...
1 labu bawang sedang dipotong dadu halus atau boleh hiris halus.
1 sudu kecil  biji jintan manis.
6-8 helai daun kari dicincang.
1/2 sudu kecil garam masala 
1/2 inci halia dicincang halus.
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng.



Cara-cara:-
1. Masukkan kacang dal yang telah rendam itu dalam mesin kisar(blender). Kisar kacang dal di tambah air sedikit demi sedikt semasa kisaran. 
tips saya: lebih baik kisar kering , klu kisar guna air kena tapis pula nanti. :
2. Biar hasil kisaran anda halus sedikit. Asingkan hasil kisaran dalam satu bekas penapis untuk tos airnya.
tips saya: klu suka tekstur kacang , x perlu halus sangat......
3. Bila hasil tos anda agak dintara kering dan basah,
tips saya:klu kisar kering x perlu toskan ...teruskan je ke  step di bawah..
masukkan daun kari, bawang , biji jintan manis, hirisan cili kering dan garam masala, halia cincang dan garam dalam sebuah bekas. Gaul rata secara ambil setapak tangan hasil kisaran tepukan kepada  hasil kisaran yang terdapat dalam bekas.
4.  Ia sebenarnya cara masukkan udara dalam adunan bagi hasil vadei anda gebu dan lembut. Kalu anda buat tosei juga perlu buat cara ini dengan memukul tepung tosei itu. Masukkan kacang dal yang telah diasingkan tanpa kisar. Adunkan sama rata.
3. Ambil hasil pes campuran dan jadikan bulat dan leperkan di atas tapak tangan anda. Tentukan guna sarung tangan plastik dan basah sedkit dengan permukaan sarung tangan anda supaya pes kisaran tidak melekat di tapak tangan anda. Anda juga boleh lakukan dengan daun pisang.
tips saya:saya terus tempek ja atas tangan...ok juga...:)
4. Panaskan dan tentukan minyak gorengan boleh menenggelami “vadei”.  Minyak perlu cukup panas 
tips saya:pastikan bebetul panas yer.....
sebelum mulakan gorengan. Mulakan gorengan dengan api dapur yang sederhana. 
5. Kalau minyak tak cukup panas vadei anda akan bertaburan dalam minyak. Kalau api dapur atau minyak terlalu panas anda boleh kecil apa dapur untuk vadei masak sempurna.
6. Jangan goreng terlalu banyak kuantiti dalam kuali  kerana Ia akan menurunkan suhu minyak gorengan. Goreng 4 atau lima, dan tentukan ia tidak bertindeh di antara satu sama lain. 
7. Suhu minyak perlu dijaga sentiasa jika  tidak vadey anda bertabur dalam kuali atau pun hangus sebelum masak. Masa gorengan selalunya 5-6 minit vadey anda cukup masak dan garing. 
8. Vadei yang masak biasanya akan terapung naik ke atas dan buih-buih semakin kurangan melalui vadei.


Ini la hasil masakan saya...huhuhu..

Selamat mencuba...sudi sudila snap hasil masakan anda dan selitkan pada komen post ini yer.
SELAMAT MENCUBA dan terima kasih kepada empunya resepi Puan Sheila Rusly.


Kaktus Garden

Hi....mood gardening is on..

Walaupun just dalam akuarium ..huhu

Dulunya akuarium tu dan kekura yang tinggal dalam tu, kawan bagi..sepeninggalan cuti berpantang.

Dah banyak tahun berlalu, kekura tu dah besar dan berhijrah ke tasik...tinggalla akuarium terkontang kanting..hihihi..

maka datangla idea...cam comey je..cam menarik je..maka terhasilla...jeng jeng...



kemudian, ditambah pula dengan minion kekecik yang comel....dapat dari kedai petshop..rm3 sebutir.
cute punya pasal...ku angkut juga..jd teman pokok kaktus..


nampak tak si kecik kecik yang memanjat dan duk dalam kotak tu..


kita close up skit...si meow ni pun ada penjaga... si white sheep..


la..la..la..la..la...siap sudah kaktus mini garden ku...semoga menjadi inspirasi tuk kekawan lain pulak.

Baking Soda

sumber :http://www.impiana.my

Menarik ni, salin n tampal di sini untuk rujukan sendiri dan rakan² dikemudian hari.

1.Bersihkan Permaidani
Taburkan 'baking soda' ke atas permukaannya dan biarkan selama 15 minit. Kemudian barulah anda bersihkan menggunakan vacuum cleaner. Cara ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak sedap pada permaidani.


2.Hilangkan Bau Dalam Almari
Letakkan satu mangkuk terbuka yang berisi baking soda baking soda dalam almari tersebut. Biarkan sahaja beberapa hari dan anda pasti akan puas hati dengan hasilnya.


3.Bersihkan Permainan Anak-Anak
Campurkan baking soda dengan air panas kemudian campuran tersebut gunakan untuk mencuci mainan anak-anak yang diperbuat daripada plastik.

4. Bersihkan Permukaan Dapur
Baking soda di campur dengan air panas kemudian menggunakan span bersihkan permukaan dapur.


5.Hilangkan Bau Di Tong Sampah
Taburkan 'baking soda' ke dalam tong sampah. Seminggu sekali anda boleh basuh tong sampah dengan merendam isinya dengan menggunakan baking soda dan air.

6. Hilangkan Kotoran Degil Di Permukaan Plastik
Rendam barang plastik tersebut selama 15 minit pada di dalam bekas yang disi campur baking soda dan air panas. Setelah 15 minit gosok kemudian keringkan.



7. Hilangkan Sisa Kotoran Di Bekas Loyang Kuih
Anda hanya perlu menaburkan baking soda ke permukaan loyang kemudian rendam dengan air panas selama 15 minit, kemudian cuci bersih.

8.Hilangkan Kesan karat
Campurkan cuka dan baking soda. Gosok dan bersihkan.

Neck Pillow Story


Hi..

Sewing project ..
this is a project has been postpone for a few years..

kain ni dibeli bersama anak saudara, dan kononnya nak jahitkan messenger bag untuknya...
tapi aciknya ni busy sangat dan mood menjahit agak swing ja..

maka tertangguh la..

And now...after a few pemantauan ...saya decide untuk jahitkan

Neck Pillow and beg bunjut ..huhu tuk accompany her during long distance journey back to home town.
Survey tgk kat kedai...ada yg rm3+....huhu..bahan dah ada kat rumah...apa lagi..

Balik....minta tolong pakcik google tuk dapatkan template.
Print out template...cut out....and sew...

Tak lupa juga MRSCHOMOT touch...label...handle to hang and suppose to have button to secure to bag..but tak sempat.kuikuikui..

Alhamdulilah Siap....

Lupa pulak url site yang print template tu...dah jumpa balik nanti saya update balik post ni.



Selain untuk anak saudara, maka terhasil juga lagi dua neck pillow ni...
Lebihan kain yang kawan serahkan untuk buat barut anak sulungnya....
jadi saya buatkan tuknya juga...


Yang ni sempat pasangkan snapbutton.



Try google ....InsyaAllah akan dapat template neck pillow ni..selamat mencuba.Jika anda dah berjaya hasilkan juga....snap pic dan tinggalkan di komen yer...tuk dikongsi kejayaan bersama.

Crochet Again


Hi...dah lama sebenarnya kejadiannya ni...huhu
Saja nak selit gak dalam ni...

Tiada pattern atau guideline .....hentam kromo ajer..

Tu yang corak tak sekata..hihihi.....Unik setiap satu..jangan suruh buat lagi..satg lain lak jadi patternnya..

Benang yang masih menunggu tuk dihabiskan..

Chaiyok..

Apa -apa pun terjadi juga ia...yeaaa...

Image result for motivasi kerja yang ceria

cover botol ...tuk hiasan meja workstation..

Ceriakan workstation tuk bg mood bekerja yg ceria....create the environment.
Image result

Image result



Kek Batik

Yea.....akhirnya berjaya buat kek batik yang ok..

unfortunately i cant eat it...tapi sib baik ada kekawan ofis as tester juga...

thank sahabat sekalian.

Image result for kek batik

Bahan-bahannya:-

2 cawan milo
2 sudu besar serbuk koko
1 tin susu pekat manis(ini boleh dikurangkan jika tak suka manis)
1 buku buttercup or 250g mentega.
1 paket biskut marie- saya guna biskut marie coklat munchy's
1 sudu teh esen vanila(jika x masukkan x per)

Image result for biskut marie

Cara-caranya:-

1.cairkan mentega dalam periuk dengan dipanaskan atas api kecil.
2.dah cair, tutup api dan masukkan kesemua bahan lain kecuali biskut marie.
3.gaul sebati dan pastikan milo dan serbuk koko tidak berketul.
4.panaskan semula di atas api kecil sehingga pekat dan berkilat.
5.Tutup api, dan masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan.Gaul rata.
6.Masukkan ke dalam bekas dan tekan supaya adunan padat.kemudian masukkan ke dalam peti ais untuk dibekukan.(sekadar didalam freezer, bukan sejuk beku).Minimum 1 jam.
7. Setelah siap , boleh la dipotong dan dihidangkan.

TIPS: asingkan sedikit adunan sebelum memasukkan biskut marie, slps siap masukkan didalam bekas dan dipadatkan..akhir sekali tuang adunan yang diasingkan untuk mendapatkan permukaan yang cantik di atas sekali.  INILAH CARA SAYA..
   
Sekian, mudahkan....selamat mencuba. Snap Pic la hasil KEK BATIK anda di ruangan komen yer...huhu



Resepi Biskut Badam


285g tepung gandum
170g tepung jagung
170g mentega
200g gula
4 biji telur kuning
140g badam hancur
1 sudu teh esen vanila

1.       Pukul mentega n gula hingga kembang, masukkan kuning telur n vanila
2.       Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam.Adun sehingga sebati
3.       Canai doh dan tekap dengan acuan n sapukan kuning telur
4.       Bakar pada suhu 180c selama 15 minit.

Paste for rujukan sendiri n kekawan.Thanks pada Puan Balkhis for this recipe. :)


My Dearest Irdina in action...wat kuih Badam..huhu..



Meow Meow...

Versi yang comel setakat ini...huhu...save tuk di cuba....thanks pada yang kongsikan resepi ini.


sumber:http://qaseyhoney.blogspot.my/2013/08/biskut-pelangi-lidah-kucing.html

BISKUT LIDAH KUCING PELANGI
Olahan resepi Fatmah Bahalwan NCC

Bahan2
250gm mentega
175gm gula kastor
100ml putih telur
200gm tepung gandum (QH guna tepung redrose)
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
Pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah

Loyang lidah kucing digris dengan mentega (QH tak letak sebab lupa – tapi biskut tak melekat bila dikeluarkan sejuk/suam dari acuan)

Caranya
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata. (QH putarkan sebentar dengan mixer)
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan pewarna berlainan.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozel bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.(QH tak gunakan nozel…hujung piping bag tu QH potong sama besar dengan yang lain)
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 15minit. Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menengelamkan warna pelangi.
7. Biarkan sejuk dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Bun...taugh by a good baker


Kelas yang pernah dihadiri dulu..huhu...rekod here tuk rujukan saya dan rakan rakan..
boleh sesama cuba resepinya...if nak lebih skill , boleh berhubung pada nombor tertera untuk hadiri kelas...hands on yang sgt best...cikgu pun best...



Ceq baru tau...





hmmm...gitu rupanya..

 


Peringatan untuk diri sendiri....

 
Dah sudahhh.....

Redeco....Baju La Baju

Jahitan Manik....rajinnya la hai...mai mana ntah tetiba mood mai..

                    oooo maybe sbb tgk dah buruk sangat labuci n manik lama tu.....
skrg tukar pulak ke chunky bit.....n hasilnya...
tgkla gambar ye...ish malaih nak citer .hihihi...CUN dak.

Image result for riak

Sekarang -----Dulu 

Dah Siap.....hihihi
Image result for riak
HUHU.........

Dikuasakan oleh Blogger.