Ulam-Cekur



Hasil kebun ting 10. Nyam..nyam...sedapp.....bau dia pun best...
Apa khasiatnya yer...selalunya ulam ni ada banyak khasiat kan...jom kita surf...

CEKUR

Nama saintifik bagi cekur ialah Kaempferia galanga. Cekur termasuk di dalam famili halia(zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasaanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Di Jawa, tanaman ini dikenali sebagai kencur. Tumbuhan ini mudah ditanam sama ada diatas tanah atau didalam pasu. Kebiasaannya cekur dibiak daripada rizomnya. Daun cekur biasanya luruh apabila kemarau. Tetapi jika kita memerlukan rizom yang banyak cekur perlu mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Rizom yang matang dapat diperolehi diantara 8 hingga 10 bulan.

KEGUNAAN DAN KHASIATNYA.

Cekur mempunyai banyak khasiat. Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakan dengan jelas antara cekur dan halia. Cekur banyak digunakan sebagai perasa makanan dan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional.

Daunnya juga digunakan sebagai ulam dan ramuan dalam penyediaan nasi ulam. Rizomnya digunakan sebagai bahan ubatan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, perut memulas, bengkak, muntah, sakit urat saraf dan lain-lain. Untuk tujuan tersebut biasanya bahagian rizom dimakan secara segar. Sesetengah orang lebih gemar meminum air perahan rizom bagi mengubati penyakit tersebut. Rizom cekur juga banyak digunakan dalam ramuan jamu yang terdapat dipasaran. Selain itu kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat penyakit lelah telah menghasilkankesan yang positif.

Orang melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria. Pada peringkat tertentu daun cekur berserta daun intaran dan garam digunakan untuk menyembuhkan penyakit yang sama. Rizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung. Masyarakat cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramua ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong besar sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk mengubati sakit gigi, menghilangkan kelemumur dan membunuh kutu kepala.

Di Indonesia cekur banyak digunakan oleh kaum wanitanya. Mereka menggunakan cekur dalam semua ramuan ubatan tradisional. Wanita selepas bersalin menggunakan rizom cekur untuk memanaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot. Di Filipina rizom cekur digunakan untuk menyembuhkan penyakit selesema dengan cara menghidu rizomnya. Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut dan sebagai ramuan dalam tonik. Daripada laporan yang diperolehi nyatalah bahawa cekur merupakan sejenis tumbuhan ubatan yang paling popular digunakan oleh berbilang masyarakat di Nusantara.

sumber:http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/rozita.htm

Rizom cekur digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan

sumber:http://fazlisyam.com/2007/08/16/khasiat-dan-kegunaan-cekur/

Ada lagi tak??? Mari kita carik lagi sesama khasiatnya yer......

0 Komen:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.