Si puyu dan Haruan berdating....


Hi semua...nih saya nak kenalkan...
si puyu berasal dari Terengganu dan si Haruan dari Kedah...


Jauh berjalan akhirnya sampai juga di Putrajaya....
berdating sebelum lenyap ke dalam perut saya...hihihi

Pekasam puyu memang dah ramai kenal n pernah rasa kan...
tapi setakat nih bila ditanya ikan kering haruan...ramai yang tak pernah merasanya...

PELIK ke???? sedapppppppp...cuba sekali nak lagi.....
setakat nih yang jumpa kat utara jer..kat negeri lain ada tak????

kat bawah nih saya sertakan cara buat ikan pekasam yang diciluk dari blog lain...selamat mencuba..

IKAN PEKASAM (hanieliza)
Bahan-bahannya:
ikan talapia/sepat/puyu/haruan/keli [yg sedang2 tu]
1 cawan beras [gorengkan tanpa minyak dan mesinkan kasar]
2 s/b garam halus
1 cawan asam jawa
Caranya:
1. Bersihkan ikan dan toskan sehingga betul kering.
2. Gaulkan beras, garam, beras dan asam jawa dengan 1/2 cawan air.
3. Di dalam bekas [sebaiknya pasu], susun ikan selang seli antara garam campur asam.
4. Masukkan juga ramuan tu dalam perut ikan.
5. Tutupkan dengan kemas bekas ikan dan letakkan di dapur selama 2 atau 3 hari..
6. Bila dah nampak menjadi [berair] baru simpan dalam petisejuk.
Cara masak
1. JANGAN BASUH ikan pekasam.Panaskan minyak dan gorengkan terus ikan pekasamdengan api perlahan sehinggan masak dan garing.
2. Bila dah masak angkat dan masukkan dalam pinggan.
3. Lebihan minyak boleh goreng bawang dan cili hiris [ciliapi atau cili merah]
4. Tuangkan bawang dan cili goreng atas ikan. Perahkan jus limau [jika suka]
5. Sedia untuk hidangkan.



0 Komen:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.