Kesan Alahan manusia daripada kucing


 sumber: http://dearcats.blogspot.com
 
Terdapat di kalangan kita yang begitu alah pada kucing kerana sistem imun tubuh - antigens yang lemah dan faktor genetik. Namun kerana sayang dan minat pada makhluk Allah ini, kita hadapi juga. Ketahuilah, walaupun simptom alahan pada kucing ini tidak akan hilang 100%, ianya masih boleh dikawal oleh pemilik kucing.

Seperkara yang harus kita tahu ialah fakta mengenai allergen yang dihasilkan oleh kucing. Allergen ini lah yang menimbulkan alahan pada sesetengah pemilik kucing. Ia tersangat halus dan perlu terapung dalam udara untuk membolehkan seseorang mendapat alahan. 

Berikut ialah beberapa cadangan yang boleh dilakukan dalam usaha mengurangkan alahan kita (atau rakan serumah, keluarga) pada kucing :


1.  Jangan benarkan kucing tidur di atas katil anda

Maaf la, ini lah 'bayaran' yang harus dibayar oleh pemilik kucing dalam usaha melegakan simptom ini.  Jika anda tahu simptom tersebut berada dalam kawalan (under control), persilakanlah mereka naik ke katil anda semula, tetapi jika boleh beri lah ruang pada diri anda untuk pulih sepenuhnya dari simptom tersebut terlebih dahulu :)



2. Tiada lagi kucing dibenarkan ke bilik tidur anda

Tutup pintu bilik tidur anda supaya allergen kucing yg ada tertinggal di dalam bilik tidur mendap. Bawa kucing anda tidur di tempat lain buat sementara.



3. Cuci semua peralatan bilik tidur

Cuci selimut, cadar, sarung bantal dan apa-apa yang dirasakan perlu menggunakan air panas (140 darjah) sekurang-kurangnya dua kali sebulan.  Ini bertujuan menghilangkan allergen kucing dan habuk yang hinggap pada peralatan tu. Pastikan anda kerap menukar cadar di dalam bilik tidur.  (Ngaku je la, dalam diam sesekali kita masih benarkan mrk masuk dlm bilik tidur kita kan? kan? kan?)

Gambar hiasan


4. Guna penapis udara (humidifier/air purifier/air filter) jenis HEPA

Allergen kucing memang susah nak dibuang. Hanya penapis udara HEPA yang baik mampu membekalkan udara bersih di rumah - bermakna kena pastikan penapis diganti selalu (filter replacement).  Penapis udara ini akan menapis kandungan bakteria sebanyak 99.9% dari udara dan seterusnya membekalkan udara bersih (bacteria count 0.5 cfu/m3).

Gambar hiasan - Vakum rumah ye bukan kucing tu.. 


5. Vakum menggunakan pembersih hampagas jenis HEPA dua kali seminggu.

Vakum setiap sudut - dinding, karpet, lantai, kerusi, perabot.. Allergen kucing sangat halus dan boleh hinggap di setiap sudut, jadi pastikan kita vakum segala-galanya.


6. Gunakan pembersih wap

 Alat ini dikatakan menggunakan wap kering untuk melonggar partikel habuk dan nyahkuman di hampir semua permukaan. Walaupun bentuknya sama seperti pembersih hampagas (vacuum), ia tidak berfungsi menyedut untuk membersih tetapi menyembur wap yang dihasilkan melalui air panas.  Alat ini juga membekalkan pembersihan secara 'tanpa kimia' (chemical-free) dan mampu membunuh kuman habuk, bakteria, lumut dan spora (mold spores) juga alergen kucing.



7. Cuci tangan serta merta selepas membelai (petting) kucing anda

Jangan gosok mata dan cuci tangan serta merta selepas membelai kucing.  Menggosok mata boleh mengakibatkan mata kita gatal beberapa jam.  Guna sabun anti bakteria.


8. Bersihkan kucing anda

Sesetengah pemilik kucing membersihkan kucing mereka untuk mengurangkan jumlah allergen yang dilepaskan oleh kucing ke udara tetapi kajian mempertikai keberkesanannya.  Gunakan sabun atau shampoo yang dapat mengurangkan allergen kucing, yang boleh digunakan pada bulu kucing seperti jenama Allerpet. Jika anda kurang pasti, tanya vet anda mengenai produk ini.  Antara lain, kita juga boleh guna kain micro fiber lembap. Sapu kain ini pada badan kucing kita.  Secara majoriti kucing lebih suka menggunakan cari ini dari dimandikan :)

Syampu jenama Allerpet yang dikatakan  boleh menghilangkan allergen kucing




9. Asingkan kucing-kucing anda di satu kawasan

Mungkin ini satu perkara yang agak sukar bagi sesetengah pemilik kucing. Tapi lebih elok dilakukan kerana ia memudahkan kita mengawal allergen kucing bertebaran hanya di satu tempat sementara kita membersihkan di tempat yang lain.



10. Pemakanan

Mungkin pembaca boleh memberi pendapat?


Akhir kata, jangan lah sesekali kita BUANG kucing yang ada hanya kerana kita malas atau tidak berusaha menangani masalah alahan yang ada!  Ada satu kisah di satu lamanweb mengenai pemilik kucing yang membuang kucingnya kerana sebab ini. Anehnya selepas kucing tu dah tiada, pemilik kucing ini masih mengalami alahan. Setelah mendapat rawatan di hospital, didapati kucingnya bukan lah penyebab utama dia mengalami alahan, sebaliknya kerana persekitaran rumahnya yang banyak habuk yang datang dari kilang berdekatan.. Sedih kan?
 
Terima kasih...DearCats.Apa pendapat kekawan??
 
 

0 Komen:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.