Meow Meow...

Versi yang comel setakat ini...huhu...save tuk di cuba....thanks pada yang kongsikan resepi ini.


sumber:http://qaseyhoney.blogspot.my/2013/08/biskut-pelangi-lidah-kucing.html

BISKUT LIDAH KUCING PELANGI
Olahan resepi Fatmah Bahalwan NCC

Bahan2
250gm mentega
175gm gula kastor
100ml putih telur
200gm tepung gandum (QH guna tepung redrose)
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
Pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah

Loyang lidah kucing digris dengan mentega (QH tak letak sebab lupa – tapi biskut tak melekat bila dikeluarkan sejuk/suam dari acuan)

Caranya
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata. (QH putarkan sebentar dengan mixer)
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan pewarna berlainan.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozel bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.(QH tak gunakan nozel…hujung piping bag tu QH potong sama besar dengan yang lain)
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 15minit. Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menengelamkan warna pelangi.
7. Biarkan sejuk dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara.


0 Komen:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.