Kek Batik

Yea.....akhirnya berjaya buat kek batik yang ok..

unfortunately i cant eat it...tapi sib baik ada kekawan ofis as tester juga...

thank sahabat sekalian.

Image result for kek batik

Bahan-bahannya:-

2 cawan milo
2 sudu besar serbuk koko
1 tin susu pekat manis(ini boleh dikurangkan jika tak suka manis)
1 buku buttercup or 250g mentega.
1 paket biskut marie- saya guna biskut marie coklat munchy's
1 sudu teh esen vanila(jika x masukkan x per)

Image result for biskut marie

Cara-caranya:-

1.cairkan mentega dalam periuk dengan dipanaskan atas api kecil.
2.dah cair, tutup api dan masukkan kesemua bahan lain kecuali biskut marie.
3.gaul sebati dan pastikan milo dan serbuk koko tidak berketul.
4.panaskan semula di atas api kecil sehingga pekat dan berkilat.
5.Tutup api, dan masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan.Gaul rata.
6.Masukkan ke dalam bekas dan tekan supaya adunan padat.kemudian masukkan ke dalam peti ais untuk dibekukan.(sekadar didalam freezer, bukan sejuk beku).Minimum 1 jam.
7. Setelah siap , boleh la dipotong dan dihidangkan.

TIPS: asingkan sedikit adunan sebelum memasukkan biskut marie, slps siap masukkan didalam bekas dan dipadatkan..akhir sekali tuang adunan yang diasingkan untuk mendapatkan permukaan yang cantik di atas sekali.  INILAH CARA SAYA..
   
Sekian, mudahkan....selamat mencuba. Snap Pic la hasil KEK BATIK anda di ruangan komen yer...huhu



0 Komen:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.