Nasi Warna Warni a.k.a Nasi Hujan Panas

Yuhuuu....arini nak cerita pasal Nasi Hujan Panas a.k.a Nasi Warna Warni
Alkisahnya..suami saya ni al susah la nak telan nasi yang mempunyai rasa kecuali nasi arab n nasi minyak...dia punya favourite nasi putih yang peroiiii ...no lembik lembik n berketul..

so takdak la harapan  nak belajar masak nasi yang pelbagai tu...


tetiba satu hari......dia berkata-kata " macam sedap ja makan nasi warna warni"...ting ting ting berkobar kobar makcik rasa nak try masak..


hihi...google resepi time...but mesti cari yang mudah dan simple..


Ini la hasilnya....gambar real yang makcik masak tau..Masakan dalca pun first time...tak dak la susah sgt rupanya ....dulu memang ber 'DEUHHH' sungguh rasa...susah la..renyah la....walaupun tak cuba lagi..hihihi




sumber:http://www.ayueidris.com/2017/06/resepi-nasi-hujan-panas-shila-rusli.html

Bahan-bahan


  • 4 cawan beras (beras basmati) | Basuh dan rendam 1/2 jam
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu
  • **(guna cawan yang sama)
  • 2 helai daun pandan | Diikat
  • 1 kiub pati ayam (optional) | Boleh gantikan dengan garam
  • 4 biji bawang merah | Blend
  • 2 ulas bawang putih | Blend
  • 1cm halia | Blend
  • Rempah 4 sekawan (Bunga Lawang, Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga)
  • Minyak/Butter/Ghee/Mentega
  • Pewarna Makanan (Merah, Hijau, Kuning)
  • Daun sup. Gajus, Kismis  
Cara-cara


  1. Cairkan  ghee or mentega.
  2. Goreng rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia yang diblend.
  3. Masukkan daun pandan. Biarkan seketika.
  4. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk nasi dan masukkan air, kiub ayam/garam, susu dan beras. Kacau rata.
  5. Masak nasi macam biasa.
  6. Bila nasi sudah masak, titikkan pewarna menggunakan chopstick. Biar seketika.
  7. Gaul hingga pewarna tadi bercampur dengan nasi.
  8. Tabur Daun sup. Gajus, Kismis  sebelum dihidang.

SENANG KANNNN.... I LIKE...SEDAP LAK TU.

sumber:http://blogibusiti.blogspot.my/2013/08/resepi-dalca-sayur-simple.html


Resepi Dalca

Kacang Dal (1 genggam - basuh dan rebus sampai empuk)
Bawang putih, bawang merah, halia (kisar bersama)
Serbuk Kari Daging 1 sudu besar (bancuh dengan sedikit air)
Rempah Tumis (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang)

buah pelaga takyah
Santan
Sayur yang digemari
DAGING LEMBU OR AYAM

Cara-cara :

1) Rebus kacang dal sampai empuk. Kalau ikut Masterchef, 

campak kat dinding, dal tu melekat maknanya dah empuk..hehe..
penuh dinding korang ngn dal kang...
2) Panaskan sikit minyak dalam periuk, masukkan rempah tumis
3) Masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau
4) Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dan tumis hingga garing
5) Masukkan sedikit air dan masukkan semua sayuran yang keras
    (aku guna carrot, kacang panjang dan kentang) dan isi ayam atau daging
6) Biar sampai sayur empuk. Masukkan pulak sayuran lembut. Aku letak terung je
7) Bila dah mendidih, masukkan kacang dal dan santan
8) Perasa kuah dalca tu tunggu sampai mendidih. Boleh la tutup api

Lebih kurang sama cam saya buat...cuma saya ni main campak ja..hihihi





0 Komen:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.