Fauna N Me

Mrs Chomot says "Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...."


"EVERY MOMENT COUNT...EVERY LIFE IS PRECIOUS"

Musang | Burung Hantu | Ikan Laut ( Nemo) | Udang Galah | Kucing | Kura-kura | Anjing

MUSANG

Image result for musang
sumber gambar:pencintahewan.com

Rasanya rupa macam ni lebih kurang..

Musang....semasa kecil ayah saya memang ada bela musang. Tidak silap 2 ekor. Dibiarkan berkeliaran dalam rumah. Antara kawasan kegemarannya ialan di dalam sofa.

Memang sofanya berlubang...hihi..akhirnya kemana yer pergi musang tu...rasanya terlepas dan bebas berlari ntah ke mana...lama juga membelanya.

Hmmm...tak sangka dulu berkongsi rumah dengan si musang.ruginya la kenangan itu tidak berapa jelas diingatan. Tidak semua orang mempunyai kesempatan yang sama.

Ini kisah di tahun 90an.


BURUNG HANTU

Tetamu yang bertamu di siling rumah. Al ceritanya...

Hari demi hari...dengar bunyi tapak kaki kecil atas siling rumah. Dah bajet ada anak burung menumpang....lama kelamaan ada bunyi pula..jeng jeng jeng

Bunyinya pelik....sesekejap cam anak ayam....sekejap² macam ular...........ishhhh...takuttt.

Satu hari hero saya naik la siling, dalam takut ...naik juga jadi Detective Conan.
Sekali ternampak la anak burung tersebut...dan yang pasti ada dia sekor je..yang lelain digambarkan tiada...alhamdulilah.

So...misi rescue dijalankan....dibawa turun anak burung tu...walaupun anak..tapi besar juga.
Letak di pouch keta, walaaahh....malam dia mula berbunyi..bergaung satu lorong taman. hahahha...abis semua jiran berdegung, and anak burung tu dapat gelaran 'Anak Angkat ' saya.

Sekarang duduk di dalam akuarium dulu yer...

Mula la rutin, pekakkan telinga bila bunyi mengaum...hohoho. Tak pernah bela burung hantu, pening juga..apa nak dibagi makan..minumnya cammana. Mula la meng 'Google'...huhuhu. Rupanya burung hanti ni tak perlukan air yang banyak...makanan yang dimakan akan menjadi bekalan airnya juga.

Rajin tak, siap siang² kan ikan bagi makan kat si kecik yang x berapa kecik tu. Ikan nak kembong besar tu ja, isi yang pejal gitu.. Huhu...seronok pulak tengok gelagat dia.

Makin hari baru la nampak rupanya...rupanya jenis burung hantu yang muka bentuk LOVE tu.

Hari berikutnya, jenguk tgk ..wachaaa...ada yang hantarkan bekalan makanan sesenyap la.... Tikus yang dah keok tapi selalunya dah berkecai la baru nampak, sama ada tinggal bulu ajer or tinggal isi perut. Mula rutin baru, kemaskan tempat dia...kebersihan perlu diutamakan. Geli ke idak...kena juga bersihkan.

Sekarang dah duk dalam kotak....alas surat khabar, senang nak bersihkan. Belum boleh terbang.

Kena siasat ni,

Memalam mula tinjau, ooooo rupa²nya... Maknya datang la.....hari hari dia datang singgah...bagus betul.... Kerja kitorang menunggu maknya datang dan skodeng..huhuhu..

Lama² yang kecil akan membesar....dah cantik bulunya tumbuh..sihat...dan dah mula belajar sesikit tuk terbang. Kami decide tak rantaikan...sebab fitrah burung untuk terbang dan kami redha if satu hari dia terbang bebas....

Last gambar dia sebelum hilang terbang .....

Dua tiga hari ...tunggu juga kot dia balik....alhamdulilah ada tapi bukan di porch rumah...berlegar legar di ruang belakang atas bumbung sambil berbunyi nyaring dia tu la...

Lepas seminggu terus ilang dah tak nampak dan tak dengar bunyi dah....Semoga terus sihat dan selamat...Bebas berterbangan....Sayang awak...terima kasih sudi singgah menceriakan kami.

Semua gambar di atas adalah gambar sebenarnya si Burung Hantu, tetamu kami. Kenangan saya dan suami.


IKAN LAUT(NEMO)









Dikuasakan oleh Blogger.