sumber:http://dearcats.blogspot.com
Kutu kucing atau Ctenocephalides felis
merupakan sejenis parasit penghisap darah halus yg boleh dijumpai pada
kucing. Jangkitan kutu memang memeningkan kita. Tapi, boleh ke
manusia dijangkiti kutu kucing?
Secara amnya, kutu
kucing tidak dapat hidup pada tubuh badan manusia. Mereka hanya boleh
menggigit terutama di kawasan buku lali, pergelangan kaki dan betis.
Gigitan boleh menjurus kepada iritasi, ruam, alahan dan keradangan.
Warna merah menunjukkan darah yang telah dihisap oleh larva kutu kucing. |
Namun merujuk pada Wikipedia, kutu betina boleh hidup dan bertelur jika mereka boleh menghisap darah selama 12 jam berturut-turut.kenyataan ini membawa maksud, jika kita tidak merasa gatal hasil gigitan kutu tersebut. Tetapi secara amnya, ia boleh dielakkan jika dalam masa 12 jam tersebut, kita membersihkan diri atau mandi menggunakan sabun antibakteria.
Rawatan gigitan kutu kucing
Kalau kita nampak ada bintik merah dan terasa gatal di bahagian yang dinyatakan:
- segera cuci kawasan tu dengan sabun antibakteria;
Antara sabun antibakteria yang terdapat di pasaran. |
- Gunakan air sejuk, kerana dengan menggunakan air panas atau air suam, ia akan memburukkan lagi rasa gatal pada bintik tersebut.
- Lap kering dgn tuala bersih
- Sapukan krim hydrocortisone. (Ingat tak lagi DC pernah senaraikan ubat ini dalam First Aid Kit Kucing?) Atau gunakan losyen calamine untuk melegakan rasa gatal tersebut. Menggunakan ice pack juga membantu mengurangkan bengkak pada gigitan kutu.
Antara produk yg membantu melegakan kegatalan gigitan kutu kucing |
- Jangan garu sbb ini akan mengalakkan jangkitan bakteria.
Elakkan dari menggaru |
http://www.buzzle.com/articles/cat-fleas-on-humans.html
http://www.orkin.com/other/fleas/cat-fleas-on-humans
Terima kasih DearCats.
BAGAIMANA NAK TAU RUMAH DISERANG KUTU/HAMA KUCING?
- Yang pasti kucing kita dijangkiti kutu dan kita tidak ambil langkah membasmi juga mengamal pencegahan terhadap kucing kita yg dijangkiti kutu/hama. Oleh sebab itu, kutu dan hama bermaharajalela akan 'menyerang' dan mendiami dalam rumah kita pula.
- Kita diserang gatal2 di kawasan buku lali, pergelangan kaki dan betis.
- Kalau tak ada tanda2 seperti no. 1 dan 2, sila buat ujian berikut - sarung setokin putih yg tinggi hingga hampir paras lutut, dan berjalan di sekitar dalam rumah. Entah mengapa, kutu amat tertarik dengan warna dan cahaya putih. Dgn mudah kita akan dpt kesan kehadiran kutu bila lihat ada kutu melekap di setokin yg kita sedang pakai :)
Serangan kutu dan hama kucing pada kaki manusia |
ANTARA LANGKAH2 MEMBASMI KUTU/HAMA KUCING DI RUMAH
Vakum
Vakum rumah kita
sekurang-kurangnya 4 kali seminggu ini dapat menyingkirkan kutu dewasa
serta telor kutu. Bersihkan beg vakum dgn cermat kerana dgn membiarkan
tanpa dibersihkan, kutu boleh hidup di dalam mesin vakum tersebut.
Vakum sekitar kawasan rumah terutama pd karpet dan sofa 4x sehari |
Buah lemon
1. Belah/hiris 6 biji buah lemon (bukan limau) dan masukkan ke dalam air.
2. Didihkan dan biarkan sejuk selama 3-4jam supaya larutan menjadi pekat.
3. Tapis untuk buang buah lemon dan bijinya. Masukkan dlm botol spray.
4. Semburkan pada karpet, sofa, alas kaki dan tilam, tmpt di mana kutu kucing bersarang.
5. Gunakan larutan ni utk mencuci/mop lantai, kerusi dan meja dimana kutu boleh kelihatan.
6 Jgn lupa semburkan juga pd haiwan peliharaan kita :)
2. Didihkan dan biarkan sejuk selama 3-4jam supaya larutan menjadi pekat.
3. Tapis untuk buang buah lemon dan bijinya. Masukkan dlm botol spray.
4. Semburkan pada karpet, sofa, alas kaki dan tilam, tmpt di mana kutu kucing bersarang.
5. Gunakan larutan ni utk mencuci/mop lantai, kerusi dan meja dimana kutu boleh kelihatan.
6 Jgn lupa semburkan juga pd haiwan peliharaan kita :)
Kalau kita rajin menyinggah pet shop, ada juga produk semburan yang berasaskan lemon yg boleh kita beli. |
Garam
Taburkan garam dan
biarkan selama 24jam. Tindakan ini membuatkan kutu mengalami dehidrasi
atau pengeringan dan mati. Vakum. Jgn lupa bersihkan beg vakum!
Lilin/Lampu
Garam dikatakan berupaya memutuskan 'kitaran hidup kutu kucing' |
Lilin/Lampu
Nyalakan
lilin dan letakkan di dalam bekas berisi air pada dasarnya. Atau
nyalakan lampu dan letak berhampiran dengan tankungan air. Letakkan di
sudut bilik dalam keadaan bergelap. Seperti yg telah diterangkan di
atas tadi, kutu amat tertarik pd warna dan cahaya putih. Kutu akan
segera terbang ke arah cahaya lilin lalu jatuh ke dalam takungan air dan
lemas.
Gunakan lampu suluh |
Atau gunakan lilin |
Flea Trap yang menggunakan air sabun, digunakan oleh kb2rocket dlm satu thread. Semasa gambar ini di ambil beliau memberitahu berjaya mengumpul 20ekor kutu dalam masa sejam :) |
Ok, sekarang
kita dah cuba bermacam2 cara seperti di atas, dan berulang kali tapi
masih tak dpt menghapuskan kutu dan hama kucing?.. Jalan terakhir
gunakan produk berikut :
Flea Bomb/Foggers
Produk yg popular
ialah Bob Martin Flea Bomb. Agak sukar nak dapatkan produk ni di
Malaysia dan hanya terdapat di pet shop terkemuka. Pastikan kita baca
betul2 arahan penggunaannya kerana ia mengandungi toxic dan sangat
merbahaya pada kita dan juga haiwan peliharaan. Simpan makanan dlm peti
ais atau bersihkan sekitar, tutup alat perkakas dapur seperti rak
pinggan mangkuk dgn rapat, tampal pelekat di almari makanan dan jauh
atau keluarkan haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, burung dan ikan
dari rumah. Kita hanya boleh kembali masuk ke bilik atau rumah
(bergantung kawasan mana yg hendak kita 'bom' kan) sekurang-kurangnya 2
jam penggunaan atau mengikut arahan yg diberikan.
Selepas penggunaan, kita kena bersihkan persekitaran dan vakum sebelum melepaskan haiwan peliharaan masuk ke dalam rumah semula.
Bayticol
Bayticol
dilaporkan sangat efektif dan boleh didapati dengan harga yg murah.
Produk ini mesti dicairkan/dilute terlebih dahulu. Hanya campurkan 1ml
Bayticol dengan 1.5 liter air bersih. Semasa proses mencairkan larutan,
kita diminta berhati-hati sebab Bayticol juga bersifat toxic dan
mempunyai bau yg boleh menyesakkan hidung. Gunakan botol spray dan
sembur kawasan sekitar rumah (1 liter per meter persegi), tembok dan
rekahan dinding, di karpet dan sofa. Campuran ini boleh dan selamat
disembur atau mandian bilasan terakhir pada badan anjing, kambing, kuda,
dan kerbau. Jangan biarkan haiwan ini menjilat campuran ini hingga
campuran ini kering terlebih dahulu. Selama proses semburan di dalam
rumah, JAUHKAN HAIWAN PELIHARAAN dari kawasan semburan hingga kawasan
tersebut betol2 kering.
Dan yang paling penting, TIDAK BOLEH DIGUNAKAN KE ATAS KUCING dan haiwan peliharaan yang lebih kecil darinya seperti arnab dan tikus.
Dan yang paling penting, TIDAK BOLEH DIGUNAKAN KE ATAS KUCING dan haiwan peliharaan yang lebih kecil darinya seperti arnab dan tikus.
Boleh dibeli dari Dearcats Pet House pada harga RM22 sebotol |
Sebenarnya terdapat pelbagai produk perangkap kutu yang kita tidak ketahui seperti gambar bawah. Ada ke dijual di Malaysia ye?
RUJUKAN:
Terima kasih DearCats.
untuk peringatan sendiri dan rakan-rakan.
Untuk singkirkan kutu ada MC terbaca bagi makan
Brewer Yeast..di sini. -->
http://kucingmalaysia.blogspot.com/2012/09/cara-paling-mudah-hilangkan-kutu-kucing.html
akan ku cuba nanti..tapi kalau kucing kurang dari 4.5kg cammana??
Brand yang dicadangkan ialah BRAND BYS dengan BRAND EXCEL.
Di kedai mana saya boleh dapatkn Flea Bomb/ Foggers jika saya berada di PJ? TQ much for help.
BalasPadamalamak maaf saya tak familiar kawasan PJ
PadamAda 1 lagi cara letak minyak diatas tutup periuk dan letakkan di tempat yg di rasakan ada kutu
BalasPadamletak minyak atas tutup periuk....alamak x dapat imagine ni...:) tq
Padam