Kueh Sema Tarik

Salam semua....a treat from pantai timur..

thanks to CikWa...sbb kenalkan mc pada kueh sema...
specially made and brought from kelantan.
nih la dia rupanya ...kueh sema: gift dari CikWa...




makan kuih nih..seumpama makan sagon....berdebu...and akan comot-comot..
sesopan mana pun cara makan....mesti comot jugak...so kalau nak control ayu ...takleh la try..tapi rugi tau...fun juga makan kueh sema /tepung sema nih..

hihi...kueh nih ceritanyer dah jarang ada dipasaran...so lucky la saper yang still bleh merasa kueh tradisi nih skrg kan....we are among the lucky person...

kat bawah nih MC ada selitkan cara membuatnya.....cuba la yer...klu berjaya anda lah penerus tradisi yang cemerlang..hihihi


RESEPI SEMA KELANTAN


Bahan-bahan

2 keping gula manisan (gula melaka)
1kg tepung gandum
250ml air
1 botol kecil minyak jagung
2 batang buluh | sederhana panjang dan leper
1 biji biji periuk tembaga
1 periuk kecil
1 biji pengayak
1 biji besen sederhana diisi air
1 helai kertas minyak
1 biji kuali
1 senduk kayu


Cara memasak:
1. Goreng tepung gandum sehingga naik bau harum kekuningan, angkat dan ayak ke dalam bekas.
2. Masukkan air ke dalam periuk kecil dan masak dengan gula melaka sehingga gula cair dan berbuih.
3. Selepas itu ambil sebatang buluh dan celup pada gula yang mendidih, angkat dan lihat sama ada gula agak bersarang apabila terkena udara, jadi boleh sedia diangkat.
4. Kecilkan api, masukkan satu atau dua titik minyak jagung ke dalam periuk tembaga. Sapu sehingga rata.
5. Kemudian tuang adunan didih tadi.Biar dan lenggang sehingga agak kelihatan beku.
6. Sapu minyak pada dua batang buluh tadi, angkat dengan menggunakan dua batang buluh, kemudian tarik gula sehingga kelihatan keemasan.
7. Panaskan tepung yang telah digoreng jangan sampai hangit.
8. Kemudian ayak di atas kertas minyak. Ambil gula yang ditarik-tarik tadi dan diletakkan di atas tepung.
9. Selepas itu tarik- tarik gula tadi di atas tepung dan selang seli ditabur tepung gandum panas seperti cara membuat mi wantan.
10. Tarik gula sehingga kelihatan teksturnya halus dan kelihatan seperti mihun.
11. Simpan di dalam bekas kedap udara.





0 Komen:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.