Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

Kelas Cheesecake Puspanita



Resepi Mango Cheesecake

Lapisan Pertama
200gm biskut tiger -hancurkan
125gm butter -anchor unsalted

-Cairkan butter dan sebatikan dengan biskut yang telah dihancurkan tadi
-Padatkan ke dalam loyang 9"
-Masukkan dalam peti sejuk (30 minit)

Lapisan Kedua
300gm Cream Cheese  -philadelphia
100gm gula castor
100gm UHT whipping cream -anchor
150gm non dairy whipping cream -vivo
100gm yogurt-nestle
2.5 tbsp gelatin **
0.5 cwn air **
(campur **  double boiler sampai jernih , biarkan suam)
100gm mango puri -blend mangga tanpa air
250gm isi mangga-potong dadu


-Pukul Cream Cheese bersama gula hingga tidak berketul, licin dan lembut.
-masukkan whipping cream dan juga yogurt
-masukan adunan gelatin . gaul sebati dengan mixer.
-Masukkan mango puri. Gaul sebati seterusnya isi mangga dengan spatula.
-Tuang ke atas lapisan pertama.
-Masukkan dalam peti sejuk sebentar. (30 minit--atas melekit jangan sampai beku)

Lapisan Ketiga
2 biji mangga - blend tanpa air
1 tbsp gula castor -klu mangga dah manis x perlu bubuh
1 tbsp gelatin
1/3 cawan air
(campur **  double boiler sampai jernih , biarkan suam)

-Satukan kesemua bahan dan kacau sebati
-Tuang atas lapisan kedua.

tips:Semalaman @ 4-5jam chill
9" - RM100
6 small container (size=SQ450)

Resepi Strawberry Cheesecake

Lapisan pertama
200gm biskut digestive-hancurkan
100gm butter -anchor unsalted

-Cairkan butter dan sebatikan dengan biskut yang telah dihancurkan tadi
-Padatkan ke dalam loyang 8"
-Masukkan dalam peti sejuk (30 minit)


Lapisan Kedua
250gm cream cheese
60gm gula castor
6 biji strawberry -potong dadu
1 tsp strawberry paste- ganti jem pun boleh
200ml whipping cream-boleh ganti yogurt or half/half
2 tbsp gelatin
125ml air


-Pukul creamcheese bersama gula hingga tidak berketul
-Masukkan whipping cream
-Masukkan adunan gelatin.Gaul sebati
-Masukkan strawberry yang telah dikisar halus.Gaul sebati seterusnya isi strawberry
-Tuang ke atas lapisan pertama
-Masukkan dalam peti sejuk sebentar


Lapisan Ketiga
6 biji strawberry
1 tbsp gula castor -klu dah manis x perlu bubuh
1 tbsp gelatin
1/3 cawan air
(campur **  double boiler sampai jernih , biarkan suam)

-Satukan kesemua bahan dan kacau sebati
-Tuang atas lapisan kedua.


Thank you  to Puspanita JPM dan Cikgu Hazlilawati Binti Zainal, Kolej Komuniti Hulu Langat..... 09 September 2017

Membaking....hihihihi


Wahhh... cam tak caya jer...

Hari ini, 12 Mei 2013, saya berjaya membuat 6 jenis mini pack kek ...together-gether with group la.kuakuakua...takleh nak amik credit sesorang sbb wat berkumpulan..hihihi

Selalu wat kek tak baper nak menjadi.. tuh yang cam semangat nak belajar tuh. Plus hopefully leh share ngan ahli family lain tuk meningkatkan ekonomi family.Insyaallah..

 Hasil for today...taraaa..


  1. Carrot Cake
  2. Tiramisu
  3. Moist Chocolate
  4. Tofee Caramel Cheese
  5. Biskut Cheese Lapis
  6. Marble Cheese Brownies
berbaloi-baloi hasil yang dibawa balik..leh wat kenduri...hahhaha. cikgu nya juga tak lokek ilmu.
Happy Baking....






Dikuasakan oleh Blogger.