Memaparkan catatan dengan label Ulam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulam. Papar semua catatan

Temu Pauh/ Kunyit Putih/Kunyit Emas

 Assalamualaikum....



 Ulaman yang baru diperkenalkan oleh sahabat ..

Info dari https://www.huhahuhajerr.com/2016/10/kenali-tumbuhan-herba-temu-pauh-kunyit.html

Temu, temu pauh dan kunyit putih adalah nama tanaman yang sama bagi pokok herba ini. Berkhasiat sebagai anti cancer, merawat ketegangan urat saraf, kurangkan kolestral & darah tinggi & bantu kurangkan masalah pencernaan & salur darah sumbat. Boleh juga kurangkan stress.




Luar putih dalamnya kuning emas....sedapp. Suami kata mcam rasa mangga kuinin.
Betul..betul..betul....mangga muda.

info dari https://www.facebook.com/bijibenihsayuran/posts/pokok-kunyit-putih-belakang-daunnya-ada-lorek-warna-merahpokokkunyitputih-myhome/1673104966107919/

Buang angin dalam badan.
Menyembuhkan sakit perut.
Dikatakan berkhasiat untuk merawat kanser.
Membantu menyembuhkan penyakit tumor.
Mencegah kerosakan gen.
Membantu mengurangkan berat badan, sesuai bagi yang sedang diet.
Meningkatkan nafsu makan. ----> oh nooooo.
Menyembuhkan asma dan sesak nafas.
Mampu menghentikan pendarahan.
Sebagai sumber antioksida.
Membantu merangsang produksi sel darah merah.
Menyegarkan kulit

info dari https://en.wikipedia.org/wiki/Curcuma_zedoaria

Zedoary (Kunyit emas)
Rimpang zedoary yang boleh dimakan mempunyai dalaman putih dan wangian yang mengingatkan pada mangga; namun, rasanya lebih mirip dengan halia. Di Indonesia, ditumbuk menjadi bubuk dan ditambahkan untuk membuat pasta kari putih, sedangkan di India, cenderung digunakan segar atau dalam acar. Dalam masakan Thai, ia digunakan mentah dan dipotong nipis dalam salad Thai tertentu. Ia juga boleh dihiris menjadi potongan nipis bersama dengan ramuan dan sayur-sayuran lain dengan beberapa jenis nam phrik (pasta cili Thai). Ia juga digunakan di India untuk mencicah dal dan chutney.


Ulam Bunga Kunyit


Hi..again..kali nih MC nak citer pasal ulam terbaru MC discover from a frined...dan dikidnap dari pokok adik..hahhha....

ulam yang MC maksudkan ialah Bunga Kunyit....jeng jeng ....tau tak or pernah tak makan bunga kunyit? Tahun 2011 ialah tahun bersejarah tuk MC sebab baru first time kenal  dan makan bunga nih..

cantik tak...tuh la selalunya guna ubinya ja as serbuk kunyit dan daun kunyit bila nak masak lemak siput sedut or rendang kan...

nih bunganya pulak...bebetul penuh kegunaannya setiap cipta Allah s.w.t

Baca la lagi tuk mengetahui khasiat bunga kunyit nih yer.......................

Ulam Kari...

Hihihii....salam semua...


Tetiba je kan nak bercerita pasal pokok kari............ gulai or kari is my favourite....terutama gulai ikam kembong/termenung lemak yang kekecik lembut tuh...dap..dappp..


masa bertenet...saja google apa khasiat daun kari a.k.a 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei..masa duk google , terkejut jugak selama nih tgk pokok kari tgk berdaun ja..tapi rupanya pokok kari nih ada bunga dan ada buah...dahsyatttttttttttttttt......jom kita kongsi sesama...






nih  la rupanya bunga kari....hihihi
























Nih pula buah kari...



Baca la lagi yer untuk mengetahui lebihlanjut khasiat poko kari nih yer...........

Kongsi Rahsia : Peria....


Salam semua...hiiii

meh kita kongsi rahsia alam....peria yang dimaksudkan bukanla cowok or jejaka malaya yer...hihihi...nih makanan...

dulunya, MC cukup tak suka makan peria..pahitnya....tapi sekrg dah cam ketagih pulak...tapi tuh pun kalau kena gaya memasaknya la kan...

MC mula makan peria setelah mencuba masakan peria goreng kakak ipar, tak tau cam mana terus jatuh cinta....tapi peria katak ...MC jauhkan...dengaq cerita pahit sgt...so tak berani lagi nk try..



Tip mengenai peria: sumber:http://www.sajionline.com.my/index.php/info-makanan/749-khasiat-peria.html


• Pilih peria yang belum masak dan masih keras
• Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.
• Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.
• Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.
• Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.
• Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.
• Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap.



Baca lagi untuk mengetahui khasiat dan kemudaratan untuk sesetangah orang yer... :)

Ulam-Cekur



Hasil kebun ting 10. Nyam..nyam...sedapp.....bau dia pun best...
Apa khasiatnya yer...selalunya ulam ni ada banyak khasiat kan...jom kita surf...

CEKUR

Nama saintifik bagi cekur ialah Kaempferia galanga. Cekur termasuk di dalam famili halia(zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasaanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Di Jawa, tanaman ini dikenali sebagai kencur. Tumbuhan ini mudah ditanam sama ada diatas tanah atau didalam pasu. Kebiasaannya cekur dibiak daripada rizomnya. Daun cekur biasanya luruh apabila kemarau. Tetapi jika kita memerlukan rizom yang banyak cekur perlu mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Rizom yang matang dapat diperolehi diantara 8 hingga 10 bulan.

KEGUNAAN DAN KHASIATNYA.

Cekur mempunyai banyak khasiat. Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakan dengan jelas antara cekur dan halia. Cekur banyak digunakan sebagai perasa makanan dan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional.

Daunnya juga digunakan sebagai ulam dan ramuan dalam penyediaan nasi ulam. Rizomnya digunakan sebagai bahan ubatan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, perut memulas, bengkak, muntah, sakit urat saraf dan lain-lain. Untuk tujuan tersebut biasanya bahagian rizom dimakan secara segar. Sesetengah orang lebih gemar meminum air perahan rizom bagi mengubati penyakit tersebut. Rizom cekur juga banyak digunakan dalam ramuan jamu yang terdapat dipasaran. Selain itu kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat penyakit lelah telah menghasilkankesan yang positif.

Orang melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria. Pada peringkat tertentu daun cekur berserta daun intaran dan garam digunakan untuk menyembuhkan penyakit yang sama. Rizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung. Masyarakat cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramua ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong besar sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk mengubati sakit gigi, menghilangkan kelemumur dan membunuh kutu kepala.

Di Indonesia cekur banyak digunakan oleh kaum wanitanya. Mereka menggunakan cekur dalam semua ramuan ubatan tradisional. Wanita selepas bersalin menggunakan rizom cekur untuk memanaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot. Di Filipina rizom cekur digunakan untuk menyembuhkan penyakit selesema dengan cara menghidu rizomnya. Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut dan sebagai ramuan dalam tonik. Daripada laporan yang diperolehi nyatalah bahawa cekur merupakan sejenis tumbuhan ubatan yang paling popular digunakan oleh berbilang masyarakat di Nusantara.

sumber:http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/rozita.htm

Rizom cekur digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan

sumber:http://fazlisyam.com/2007/08/16/khasiat-dan-kegunaan-cekur/

Ada lagi tak??? Mari kita carik lagi sesama khasiatnya yer......
Dikuasakan oleh Blogger.