Memaparkan catatan dengan label Cats. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cats. Papar semua catatan

Kisah Alang

Ketika kecil, comel..suka..dibelai..dijaga... dah bosan, dh besar...dibiar jd comot, berpenyakit...kehidupan.

Alang nama diberi...sbb nasibnya, sbb corak badannya. Ladies on the block.

Beberapa tahun terdahulu sesekali kelibat alang lalu.. mencuri perhatian sebab corak dibadannya seperti jenis bengal. Masih sihat tanpa sakit..aktif. Kemudian lama menghilang.

Kebelakangan ni muncul semula kelibatnya dikejauhan. Kemudian pada 14052023... dia muncul depan pagar mencari makanan dgn luka penuh dibadan. X dapat nk tangkap sbb laju je dia pecut bila didekati.

15052023, dia muncul semula dan dengan luka yg teruk. dikakinya dh nampak tulang. Dia pun menyerah diri bila didekati.

Saya tempatkan asing dr kucing lain, jika dibiar dikhuatiri jika luka itu adalah jangkitan Sporo boleh menjangkiti kucing lain dan manusia juga serta dlm keaadan begitu menderita juga dia kan.

bermula la episod/ adventure Alang bersama si comot a.k.a me.





Si Mainecoone yg redha....


Hi...awak, si meow redho...saya jumpa awak kat kedai makan Putra Corner Bukit Changgang.

Masa kecil comel mesti kamu dibelai penuh kasih sayang kan...
Dah tua gini x dipedli pulak....ke kamu lari rumah ni...
Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah swt...aamiin...


Dalam hati ni memberontak je nak rawat kamu walaupun tak dapat nak bela kamu..
Maaf yer, dah terlebih kuota dah , dah fully load kat rumah pun..
At least dapat bersihkan kamu n rawat bagi kamu sihat....hmmm
Semoga ada la insan lain yang dapat memberikan kamu semua itu...

Kenyang tidooo yer..

Ish gerammmmmmnyaa......sedap digomol ni...alhamdulilah ada rezeki untuk kamu disitu,
semoga tiada la sebarang ketidakadilan yang dilakukan manusia ke atas kamu.aamiin...

Hidupla bebas dan sihat..
Mix Mainecone n parsi gelandangan....ada juga kan.
Masih berharap agar ada yang sudi berikan perlindungan dan kehidupan lebih baik untuk kamu.aamiin..

No More....Si putih yang nakal

Sadly..

YODA is gone...  😭
Mac 2017 ....a month before his birth month.
Love you till jannah...
He is one of my sweetheart...and miss him .. every day since last moment with him

what is happening before his last moment

- i change my blog layout.. and a countdown for his age is missing.
- he become naughty as ever... some attention needed.pee and poo outside box. so once a while he is punish by spending time in cage..a big cage.
- a big bang sound like a heaviest item drop on floor till the floor shacking - after hear it, i go and check all cats in house and count to make sure all is there and to see their well being. and i saw yoda is standing in position to pee. so just leave them ...
- its one or two day later...i come in back to clean up and cuddle with them...i saw YODA is lying down and his body still tender but his nose is bleeding and no more breath. 😭
-i didnt have any sign or feeling like there is something wrong with my cat as usual...
He has left us.....my fluffy whitey ..sadly..
He has been with us for a great 5 year...thank you sweetheart for being our pride n joy...you fill up our life with love and comfort.

Suspected cause of death: fall from a high place  or a heart attack. 

Life ...Experience It

4 boys dan 8 girls........total 12 furkids...

begin just by one....then three mother came to the house with their kid..
that's how we end up...

from just like cat....now empathies for animal makin tebal...hmm.. a gift not all have it.. embrace
Image result for 12



  1. Kucen (Tengku Cen)
  2. Yoda (sempena nama Master Yoda-Star Wars)
  3. Yot (stray around the neighbourhood)
  4. Cici (Yot's Daughter)
  5. Gigi (Yot's Daughter)
  6. Tica ( abandone at shop infront)
  7. Vee (Tica's Daughter)
  8. Qaseh ( (stray around the neighbourhood)
  9. Boy(Qaseh's Son)
  10. Bocey(Qaseh's Son)
  11. Suci(Qaseh's Daughter)
  12. Seri(Qaseh's Daughter)

  

Kucen-- Maknya diberi nama CT by my sis. Lepaking kat depan umah selalu, and one time dia preggy. Having 5 kitten, quite fluffy and montel semuanya.give birth depan umah.first time handle and x der knowledge. Si CT keluar jejalan , anaknya menjerit ...so sumbat susu.huhu...beli kat petshop..susu cap Tura..huhuhu..serbuk  dibancuh..nampakkk giat mara..disusukan si kenit² tu. then dah besar skit dimandikan..huhu...one day balik kampong.disebabkan takder cage and si kenit² ni dah pandai merayau....dibawa balik sekali kampong dalam bakul.maknya merayap so kena tinggal.Kuikuikui...Sekali dah balik dari kampong...CT cari anak² nya. esoknya tgk dia dah angkut anak² dia ke rumah jiran ...rasanya tu mmg rumah asal dia.so tak sampai ati nak amik ...dibiarkan je....tapi CT tertinggal sekor anaknya iaitu KUCEN.maka sejak aritu KUCEN tinggal dengan kami.KUCEN ni yang paling kecil dalam 5 beradiknya....gitula serba sikit ceritera dia.

Yoda--adopted dari kawan tuk temankan KUCEN.
 
Yot got 5 kitten --3 of them are adopted after 3 month.....1 boys and 2 girl..name as triple T--;hope they always in good health and be love. Give birth infront my house.

Tica got 3 kitten-- but 2 of them died (Ben dan Jed) ---;not enough nutrition cause mom too young. Give birth at rumah jiran and brought to my house.

Qaseh got 5 kitten-- one of them died (Spacky)--;unknown cause of dead.Give birth unknown and she bring her kitten to my house a month later.

IN PRECIOUS MEMORIES

IN THE HAND OF THEIR CREATOR
  1. OBBY(sbb masa first time jumpa OBESITI, abandoned in shelter)--FIP
  2. FIFFY(budak kecik jumpa dalam tindanan pasu di kedai bunga)--too small, cant survive
  3. SPACKY(Anak Qaseh)
  4. BEN(Anak Tica)
  5. JED(Anak Tica)
  6. Misty(Ditinggalkan di kedai runcit depan rumah)--Dry FIP.Pass away during Hari raya.
  7. Max(Ditinggalkan di kedai runcit depan rumah)--Wet FIP.
  8. Rocky(Abandoned in shelter)--Hernia....after operation has unknown complication.
  9. Little Rocky(Abandoned in shelter)--unknown cause of death.
  10. Little Comot(Abandoned in Surau, played by kids)--unknown cause of death.
  11. Little Oren(Abandoned in Surau, played by kids)--unknown cause of death.
  12. DOBOT(Abandone in shelter)--Barah Hati
Image result for sad

SHARING LUV WITH OTHERS
  1. ANITA-Buta kedua dua mata...
  2. PUTRA-miggling around penyelamatnya MRCS
  3. AFFINA-jumpa oleh kak liza depan bank affin
  4. BEPSY-si Putih kecil ditinggalkan
  5. TABBARINA-ditinggalkan
  6. KUNING-stray kat neighbourhood, kaki depan putus mereput. Treated and survive although ada FIV.Alhamdulilah
  7. BELL-Si kuning stray area rumah juga.Kepala berlubang.Treated and survive although ada FIV.Alhamdulilah
  8. Princess(Dobot couple)-ditinggalkan di shelter
  9. BW(Anak Yot)
  10. Kuning(Anak Yot)
  11. Callico(Anak Yot)
  12. Alice-- White Persian(Ditinggalkan di shelter dalam keadaan comot).Adopted but then dicuri. Hope dimana juga berada..Alice dalam keadaan Sihat dan Selamat.
TWELVE....12.....

I Have 12 Sibling....... 6 boys and 6 girls. Yeh's Heritage.
And my Birthday is 12.12.XXXX.....huhu

Image result for sad
Alhamdulilah Rezeki Dari Allah swt..
Image result for 12




Jerawat Kucing


Ooooo....baru tau...rupanya jerawat.

mati² ingat kutu punya angkara...maafkan akak yer..

mari kita kupas isu ini dgn lebih lanjut.....huhu


APA ITU JERAWAT KUCING (CAT ACNE)?

Sering terjadi pada dagu dan bibir bawah kucing (rujuk gambar). Sebum atau kelenjar sebaceous yang berhubung dengan folikel rambut berfungsi menghasilkan minyak untuk melembapkan kulit, mencegah kekeringan dan iritasi. Apabila sebum terhasil berlebihan, ia menyebabkan saluran folikel rambut tersumbat. Ini menyebabkan terjadinya iritasi, bengkak & infeksi dan akhirnya terbentuklah jerawat.


Kedudukan kelenjar sebaceous yang berhubung dengan folikel rambut..


SEBAB2 TERJADINYA JERAWAT KUCING

Punca sebenar bagaimana jerawat kucing boleh terjadi tidaklah diketahui. Bagaimanapun beberapa kemungkinan boleh dikenal pasti seperti berikut:
  • Stres
  • Berdandan berlebihan (excessive grooming) dimana kita terlalu kerap menyikat dan berulangkali membersihkan/mandi kucing.
  • Kurang berdandan (poor grooming) – tidak menyikat langsung (mengharapkan kucing itu sendiri membersihkan badannya) dan jarang/mandi kucing
  • Bekas makanan yang diperbuat dari plastik – Apabila bekas makanan plastik jarang dibersihkan, sifar plastik yang poros mudah memerangkap bakteria atau mikroorganisma dan seterusnya memindah bakteria ke dagu kucing ketika dia menikmati makanannya. Terdapat juga kemungkinan bahawa kucing anda mengalami reaksi alahan pada bahan plastik. 
  • Alahan makanan
  • Diet pemakanan
  • Kurang daya ketahanan tubuh

Hukum Mandul Kucing

sumber:http://www.alamkucing.com/2009/05/hukum-memandulkan-kucing-dalam-islam.html

Islam adalah agama yang sempurna dan tidak ada suatu pun dalam kehidupan ini yang tidak disentuh oleh Islam. Begitu juga dengan hal memandulkan/kembiri/kasi kucing peliharaan. Fatwa dan hukum yang berkaitan telah lama ditetapkan oleh ulama seluruh dunia.


Saya bukan pakar dalam penentuan hukum agama, tetapi saya hanya mengguna pakai apa yang telah ditentukan oleh mereka.


Sudah tentu mereka telah merujuk kepada nas-nas yang jelas sebelum membuat keputusan mengenainya. Saya harap catatan ini akan dapat memberikan penjelasan bagi mereka yang masih ragu-ragu mengenainya.


Pertamanya, terdapat khilaf atau perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam hal binatang peliharaan. Jika ianya binatang ternakan, kebanyakan ulama berpendapat ianya adalah harus untuk mengkasikannya bertujuan untuk melembutkan dagingnya.


Bagi binatang peliharaan, ada yang menegah (atas sebab-sebab tertentu), namun ada juga yang membenarkannya, iaitu dari pendapat Imam Hanafi (juga atas sebab-sebab tertentu).


Maka kita boleh bertaklid kepada pendapat yang membenarkan perbuatan mengembiri kucing peliharaan, atas sebab menjaga hubungan baik dengan jiran serta kesihatan kucing, dengan syarat pembedahan itu tidak akan membahayakan nyawa kucing itu sendiri.


Pernyataan di atas adalah kesimpulan yang boleh diperoleh di IslamOnline.com, pada pautan itu juga anda boleh melihat perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam pelbagai mazhab.

Therefore, we say that if there is some benefit in neutering the cat and if that will not cause its death, then it is permissible.
IslamOnline.com

Fatwa Jakim Mengenai Mengembirikan Binatang Peliharaan

Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.
FelineMalaysia.com

Tapi Masih Ada Yang Kata Haram?


Saya tidak mahu kembiri/kasi/mandulkan kucing

sumber: http://www.alamkucing.com/2009/05/adil-kah-jika-mandulkan-neuterspay.html

Saya tidak mahu kembiri/kasi/mandulkan kucing kerana:
  • Tidak adil kalau kita mandulkan kucing.
  • Zalim/kejam kalau kita mandulkan kucing.
  • Kita telah rampas haknya untuk membiak.
  • Kucing tidak akan gembira kalau tak dapat lakukan hubungan seks.
  • Berdosa jika kita melakukannya.
Pernyataan di atas adalah antara beberapa alasan kenapa kita tidak mahu memandulkan kucing. Semasa anda membaca catatan ini, terdapat beratus ribu atau mungkin juga jutaan anak kucing terbiar yang dibuang di pasar, kedai makan dan kawasan kediaman lain.

Mereka terdedah dengan berbagai penyakit seperti kurap, kudis, FLV dan sebagainya. Mereka mengiau pada orang yang lalu-lalang, meminta makanan. Mereka berebut sesama sendiri apabila ada orang mencampakkan lebihan makanan pada tanah.

Kita dapat melihat sebahagian besar kucing di situ berada dalam keadaan yang menyedihkan. Sebelah mata luka dan hampir buta, luka pada badan kerana bergaduh atau ditendang oleh manusia, kaki yang terhencot-hencot kerana dipijak, mulut yang melelehkan air liur kerana menghidap penyakit gusi dan berbagai lagi keadaan.

Kucing-kucing ini berada dalam keadaan sengsara, dan anak kucing yang baru dilahirkan pada saat ini juga akan mengalami nasib yang sama.

Katakanlah kita mempunyai seekor kucing betina. Dia mampu mengalami kitar galak setiap 2 minggu, dan pada masa ini dia akan mencari pasangannya walaupun dikurung di dalam rumah.
Jika tidak dimandulkan, kucing betina boleh beranak sehingga 3-5 kali setahun, dan akan melahirkan 4-5 ekor anak setiap kalinya.

Kita akan mempunyai sekurang-kurangnya 24 ekor kucing baru di rumah dalam masa 2 tahun.
Mampukah kita menjaganya? Setiap kucing yang ada masih perlu diberi makan, rawatan kesihatan, penjagaan najisnya dan kebersihan diri.

Dia pergi jua..

29.07.2014-tepat 3 bln selepas max, misty juga telah pergi selamanya. 

tiada lagi si kecil comel temankan tido berlari bekejar dgn ku cen dan yoda.

Allah swt lebih sayangkan kamu sayang.

Akak x berkesempatan membesarmu..namun terima kasih kerana sudi hadir berkongsi kasih.Maaf atas kekhilafan akak dan rakan rakan.

Rutin harian ku di pagi hari dan di malam hari tuk bermain,bersihkan,beri makan,beri ubat terhenti..kini misty bersama penciptanya.

Misty positif DRY FIP setelah menjalani ujian darah.virus menyerang ketika antibodinya lemah.

Sayang misty.Jumpa lagi yer jika diberi kesempatan di alam lain.


kuatkan lah dia

Ya Allah swt kepadamu la aku berserah...kuatkan la dan sihatkan lah dia (misty).berikan lah peluang untuknya merasai kehidupan dan membesar dengan baik. Ringankan la kesakitannya...aku berserah padaMu untuk yang terbaik untuknya...Amin.

Dugaan untuk si kecil....jalannya dah x kuat dan x stabil...melayang layang badannya cuba menstabilkan diri namun rebah jua...kuatkan la semangatmu sayang..

kini dirawat di klinik .. hanya doa diiringi,berjuang la sayang...jangan give up..we love u.

sayang Misty...be a good girl and be healthy again yer.

Balik kampung...oooo..balik kampung

Tengok kiri..tengok kanan...jalannnnn......vroom vrooom...


 Balik kampung...ooo...balik kampung...mana nak corner ni....




ok dah nak sampai dah...tukar driver...i tido dulu kay...

HUHU......

suspen..

uwaaa....takutt..
sekali balik keja nampak tompok darah...aduyaii..

yang mana satu antara tiga ni..

sakit apa...kritikal ka...survive tak??..risaunya.

o la buah ati pengulam jantung...sihatla kome yer.sesak nafas rasa bila ada yg sakit... 


satu malam asingkan ketiga tiganya..baru dpt detact si sulung upanya yg sakit...uwaaa lagi stress..

arini bawa g klinik, si bongsu(misty) bawa klinik tuk vaksin kali kedua...sekali demam panas upanya.cepat la baik yer sayang..

si sulung(ku cen) pulak toksik dri serangga yg dimakan n ulser perut..if dlm seminggu ni x baik kena warded...oh nooo...get well soon dear.

haiya la serangga kecil ko jgn dibuat main main yer...bleh bawa maut pada si bulus juga akibat toksik.

memula muntah makanan x hadam+serangga...then mula muntah hijau +segumpal bulu....then muntah air liur +darah....ni yang nampak...ada jugak darah kuar ikut najis...kena tilik if hitam,tanda tanda ulser perut n toksik juga.

so  si tengah(yoda) dlm perhatian..

cepat sihat ...n sihat sokmo la yer buah hati i sekalian.



Tidolah...

29.04.2014 - Genap sebulan perkenalan dan kesempatan yang diberikan tuk kita bersama...tenang dan aman lah di sisi Penciptamu.


28.03.2014 - Baby Max, pertama kali menatapmu di celahan bakul berlari-lari anak bersama Misty Missy Kelabu..halus tubuh, ligat larian ...baik dan manja. Asyik kena buli ja ..tapi tak kalah jua membalas serangan Misty...dua baby kecil yang dibuang orang....


 sakit mata, berkutu, diarea, dan buncit kecacingan.....pertama kali ke klinik...menemani Obby dan Chiki...Obby jua telah pergi selamanya atas sakit yang sama....

sihat sekejap ...kemudian alami selsema....terus kesukaran bernafas...nafas kencang...jelas tulang rusuk bergerak...kali kedua ke klinik...Doc menjangkakan dua perkara..sama ada hernia ataupun kalau ada pengumpulan air -FIP.

X -ray..........dapati ada pengumpulan air dan suspek FIP. x keruan dibuatnya...rasa bersalah menyelubungi tetapi tertunduk pada kuasa Yang Esa  yang menentukan qada dan qadar ciptaanNya.


Untuk lebih sahihkan , Ujian Darah dilakukan.....

Dukacita hasil pemeriksaan dapati keadaan Max dah kritikal.....dlm kelincahan si kecil ini...virus sedikit demi sedikit memakan dan merosakkan organ dalamannya.



- Highly suspected FIP
- Pendarahan dalaman boleh berlaku bila-bila masa - pembekuan darah rendah
- Keadaan hatinya juga semakin merosot
- Pengumpulan air semakin bertambah dari masa ke semasa

Ada testimonial menunjukkan ada survival daripada jangkitan FIP...walaupun kecil peluangnya namun akan diusahakan...namun semua yang berlaku atas kehendakNya...

Setelah seminggu di Klinik...akhirnya Max kembali ke rumah...setiap hari perlu makan ubat  dan akhirnya tewas menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan kawan sepermainannya, Misty....

Di akhir nafasnya....berat badannya bertambah....poo n pee, makan n minum juga ok..aktif..Allah s.w.t lebih sayangkan dia.. Max budak baik...


Luv u sayang...my little angel..rest in peace. Maybe ada yang akan kata he is just a cat...but he is one of my baby and my joy of life. Terima kasih atas perkongsian ini.

posted as note to myself and to remember back the precious moment with him although just a short visit to our home. Also thank you hubby for giving me a chance to take care this little baby.


Pepatung Yoda

"Hihihi...sapa tengok tengok tu..." says YODA

 "Aduyai....letihnya" says YODA

"Ngantuknya..." says YODA

Max & Misty

Cerita tuk kenangan di kemudian hari..

cerita dua kitten yang ditinggalkan..di sebuah kedai runcit...
dua kenet berlari lari anak keriangan...sakit mata dan kecacingan tak berubat.. kutu betebaran di badan. Dirawat dan diberi kasih..

Dijaga sebentar kemudian kembali terbiar...diberi makan daging mentah...adakah akan memudaratkan?? jika upaya memberikan yg lebih baik...peluang perlu diberikan padanya
Sayang...ditinggalkan dan terbiar

kini dijaga sebentar sebelum rehome...


Nama nya Misty....hihihi...sangat kecoh..n lincah. ramai yg suka Misty sbb warna bluegrey n bulu yg semi kembang.. 
Nama nya Max...hihihi...lincah but down to earth. kecil sedikit dari Misty..n selalu kena buli dengan Misty...Max ada tompok cm misai putih...n stocking putih...bulu Max tak kembang..but still adorable. Huhu

Mesti rindu kat bebudak ni bila dah rehome nanti...hope family baru akan sayang n jaga this double M dengan baik.

Port Pabaret


who's there???

klu hilang x dak la port lain lepak n bum bum...suka sgt duk kat situ...sambil memantau keadaan luar.hihihi... JAGA tak bergaji tapi dapat tempat tinggal n dining free..kuikuikui


Besarrnya Kucing Dia...




Besarrrkannn.....
Zen, Kucing Liar Kini Menjadi Peliharaan Di Rusia.

Sebuah keluarga telah mengambil seekor kucing liar (lynx) untuk dijadikan teman untuk empat ekor lagi kucing di rumah mereka. Zen dapat hidup bersama kucing lain tanpa masalah walaupun saiznya berbeza


Dikuasakan oleh Blogger.