Salam Ramadhan

Assalamualaikum....


Pic copied from mossavi.wordpress.com


Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dengan family dan kekawan tersayang yer semua...

Alhamdulillah , Allah s.w.t masih memberi kesempatan kepada MC dan juga kekawan semua  untuk menikmati nikmat berpuasa di bulan Ramadhan kali ini..... semoga kita sama-sama beroleh keberkatan yang berlipat ganda seperti yang dijanjikan...

syoknya kan....dulu kalu kekecik selalu tertunggu-tunggu more ( santapan selepas solat terawih) iaitu BUBUR LAMBUK or kekadang ada yang buat kuih muih...paling best kalau ada bubur asyura...hihi..kalau kat utara..bubur asyura keras cam kuih talam dan penuh dengan buah, ubi , kekacang...best..best...


Sekadar renungan bersama :)

Ramadan tiba lagi untuk ke sekian kalinya, kedatangannya membawa pelbagai insentif untuk umat Islam yang mengharapkan keampunan dan keredaan Allah S.W.T. Sesungguhnya kedatangannya dinanti-nantikan oleh orang yang muttaqin. Hal ini demikian kerana Rasulullah s.a.w. telah memaklumkan kedatangan Ramadan dengan memberikan khabar gembira akan kedatangannya. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Akan datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan, difardukan oleh Allah kepadamu puasa dalam bulannya, dibuka pintu langit dan dikunci pintu neraka, dirantai akan syaitan. Demi Allah terdapat padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan” (Riwayat al-Nasai’i dan Baihaqi).

Selain itu, Abu Hurairah meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. katanya: “Pada malam pertama bulan
Ramadan dirantai syaitan, dikunci pintu neraka dan tidak dibuka pintunya, dan dibuka pintu syurga dan tidak ditutup pintunya, malaikat menyeru: Wahai mereka yang mengharapkan kebaikan, majulah! Wahai yang mahukan kejahatan mundurlah” (Riwayat Tirmizi).

Dalam hadith yang lain daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan melakukan qiam dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, diampuni baginya dosanya yang lalu, dan sesiapa yang melakukan qiam pada Malam Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah akan diampuni dosa mereka yang lalu” (Riwayat Bukhari). Manakala al-Tabrani memetik sebuah hadith yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. memberi jaminan yang Allah akan berselawat kepada mereka yang bersahur.

sumber:http://www.mymesra.com.my/index.php?ch=blog&pg=blog_main&ac=4549&blogid=zana1038

0 Komen:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.