Sumber: produk2u.com
Nenas batu dipercayai berasal 
dari timur tengah. Pokok nenas batu hampir sama dengan nenas biasa tetapi 
daunnya lebih kecil dan tirus. Pokoknya juga jauh lebih kecil daripada nenas 
biasa. Buah nenas batu mempunyai 
ciri dan bentuk yang serupa dengan nenas biasa cuma ia bersaiz kecil dan 
bertangkai panjang.
Antara khasiatnya :
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus 
menjadikan ibu-ibu awet muda.
2. Kalau rajin amal, tak perlu lagi jamu atau 
majun. Di dalamnya sudah terkandung berbagai-bagai khasiat untuk wanita.
3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan 
rahim, perlu ambil seminggu sekali sahaja.
4. Boleh jadikan ubat untuk menjarangkan anak – 
minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
5. Melawaskan kencing dan mengelakkan sakit batu 
karang serta buah pinggang.
6. Membantu melancarkan pembuangan angin.
7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan 
pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.
9. Jika rajin diamalkan minum air nanas batu, 
Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih ehehehe..
10. Dikatakan mampu mengubati penyakit 
buasir.
11. Merendahkan paras kolesterol dalam darah.
12. Membuang toksin dalam badan.
13. Melancarkan perjalanan darah.
14. Mencantikkan bentuk badan
15. Menegangkan kulit
Nenas Batu ini 
amat baik untuk mengatasi masalah kelesuan,penurunan daya seksual, menjadikan 
pengaliran darah seimbang, memulihkan tenaga dan memulihkan segala urat yg rosak 
lepas bersalin, awet muda, masalah senggugut, keputihan, buasir, buang air 
berdarah…
Bukan untuk pompuan aje, laki pun boleh. Nenas Batu ni boleh guna berulang2 kali… 
bertahun2 kalau tak kerap guna. Kalau kerap guna pun rasa lebih dari setahun. 
Selagi kelopak dia mengembang bila dijemur… selagi tu la nenas batu ni tetap 
boleh digunakan
Cara-caranya : 
1. Basuh sehingga bersih.
2. Rendam dalam jag berisi air panas 
mendidih.
3. Biarkan satu jam (sehingga nenas batu itu 
menguncup).
4. Keluarkan dan tapis kalau terdapat sebarang 
serpihan kelopaknya. Air tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari Minum setiap 
kali bangun tidur. Seelok-eloknya selawat la 3 kali sebelum minum.
5. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, 
jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam 
lagi.
6. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan 
tertutup rapat. Ia kembang semula bila dijemur. Jika kelopaknya tidak
boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
7. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga 
setahun lebih, bergantung pada penggunaan.
 
 
 
0 Komen:
Catat Ulasan