biskut mazola simple

tahun lepas dah cuba n dapat komen yang positif..so tahun ni buat lagi... hihihi

bahan bahan tuk satu adunan tapi tuk penuhkan balang dicadangkan buat 2 adunan kot..

bahan -bahannya

1 cawan kacang tanah yang telah digoreng kering dan kisar halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak -saya guna minyak daisy
3/4 cawan gula ising
1 sudu kecil garam

untuk hiasan:
telur kuning
pewarna kuning 
badam cincang atau kacang tanah cincang

caranya:
1.campur semua bahan diatas,gaul sehingga menjadi doh.(peroi sikit tapi bila dicanai jd ok)

2.canai dengan dilapik plastik mengikut bentuk yg dikehendaki.

3.sapu kuning telur dan tabur kacang cincang atau boleh juga sebaliknya.

4.bakar dalam oven 175'c selama 18minit bagi bentuk mcm saya.
dah siap.....
selamat mencuba.

0 Komen:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.