sumber: http://dearcats.blogspot.com
Terdapat di 
kalangan kita yang begitu alah pada kucing kerana sistem imun tubuh - 
antigens yang lemah dan faktor genetik. Namun kerana sayang dan minat 
pada makhluk Allah ini, kita hadapi juga. Ketahuilah, walaupun simptom 
alahan pada kucing ini tidak akan hilang 100%, ianya masih boleh dikawal
 oleh pemilik kucing. 
Seperkara 
yang harus kita tahu ialah fakta mengenai allergen yang dihasilkan oleh 
kucing. Allergen ini lah yang menimbulkan alahan pada sesetengah pemilik
 kucing. Ia tersangat halus dan perlu terapung dalam udara untuk 
membolehkan seseorang mendapat alahan. 
Berikut 
ialah beberapa cadangan yang boleh dilakukan dalam usaha mengurangkan 
alahan kita (atau rakan serumah, keluarga) pada kucing :
1.  Jangan benarkan kucing tidur di atas katil anda
Maaf la, ini
 lah 'bayaran' yang harus dibayar oleh pemilik kucing dalam usaha 
melegakan simptom ini.  Jika anda tahu simptom tersebut berada dalam 
kawalan (under control), persilakanlah mereka naik ke katil anda semula,
 tetapi jika boleh beri lah ruang pada diri anda untuk pulih sepenuhnya 
dari simptom tersebut terlebih dahulu :)
2. Tiada lagi kucing dibenarkan ke bilik tidur anda
Tutup pintu 
bilik tidur anda supaya allergen kucing yg ada tertinggal di dalam bilik
 tidur mendap. Bawa kucing anda tidur di tempat lain buat sementara.
3. Cuci semua peralatan bilik tidur
Cuci 
selimut, cadar, sarung bantal dan apa-apa yang dirasakan perlu 
menggunakan air panas (140 darjah) sekurang-kurangnya dua kali sebulan. 
 Ini bertujuan menghilangkan allergen kucing dan habuk yang hinggap pada
 peralatan tu. Pastikan anda kerap menukar cadar di dalam bilik tidur. 
 (Ngaku je la, dalam diam sesekali kita masih benarkan mrk masuk dlm 
bilik tidur kita kan? kan? kan?)
4. Guna penapis udara (humidifier/air purifier/air filter) jenis HEPA
Allergen 
kucing memang susah nak dibuang. Hanya penapis udara HEPA yang baik 
mampu membekalkan udara bersih di rumah - bermakna kena pastikan penapis
 diganti selalu (filter replacement).  Penapis udara ini akan menapis 
kandungan bakteria sebanyak 99.9% dari udara dan seterusnya membekalkan 
udara bersih (bacteria count 0.5 cfu/m3). 
5. Vakum menggunakan pembersih hampagas jenis HEPA dua kali seminggu.
Vakum setiap
 sudut - dinding, karpet, lantai, kerusi, perabot.. Allergen kucing 
sangat halus dan boleh hinggap di setiap sudut, jadi pastikan kita vakum
 segala-galanya.
6. Gunakan pembersih wap
 Alat ini dikatakan menggunakan wap kering untuk
 melonggar partikel habuk dan nyahkuman di hampir semua permukaan. 
Walaupun bentuknya sama seperti pembersih hampagas (vacuum), ia tidak 
berfungsi menyedut untuk membersih tetapi menyembur wap yang dihasilkan 
melalui air panas.  Alat ini juga membekalkan pembersihan secara 'tanpa 
kimia' (chemical-free) dan mampu membunuh kuman habuk, bakteria, lumut 
dan spora (mold spores) juga alergen kucing.
7. Cuci tangan serta merta selepas membelai (petting) kucing anda
Jangan gosok
 mata dan cuci tangan serta merta selepas membelai kucing.  Menggosok 
mata boleh mengakibatkan mata kita gatal beberapa jam.  Guna sabun anti 
bakteria.
8. Bersihkan kucing anda
Sesetengah 
pemilik kucing membersihkan kucing mereka untuk mengurangkan jumlah 
allergen yang dilepaskan oleh kucing ke udara tetapi kajian mempertikai 
keberkesanannya.  Gunakan sabun atau shampoo yang dapat mengurangkan 
allergen kucing, yang boleh digunakan pada bulu kucing seperti jenama 
Allerpet. Jika anda kurang pasti, tanya vet anda mengenai produk ini. 
 Antara lain, kita juga boleh guna kain micro fiber lembap. Sapu kain 
ini pada badan kucing kita.  Secara majoriti kucing lebih suka 
menggunakan cari ini dari dimandikan :)
|  | 
| Syampu jenama Allerpet yang dikatakan boleh menghilangkan allergen kucing | 
9. Asingkan kucing-kucing anda di satu kawasan
Mungkin ini 
satu perkara yang agak sukar bagi sesetengah pemilik kucing. Tapi lebih 
elok dilakukan kerana ia memudahkan kita mengawal allergen kucing 
bertebaran hanya di satu tempat sementara kita membersihkan di tempat 
yang lain.
10. Pemakanan
Mungkin pembaca boleh memberi 
pendapat?
Akhir kata, jangan lah sesekali kita BUANG kucing yang ada hanya kerana kita malas atau tidak berusaha menangani masalah alahan yang ada! Ada satu kisah di satu lamanweb mengenai pemilik kucing yang membuang kucingnya kerana sebab ini. Anehnya selepas kucing tu dah tiada, pemilik kucing ini masih mengalami alahan. Setelah mendapat rawatan di hospital, didapati kucingnya bukan lah penyebab utama dia mengalami alahan, sebaliknya kerana persekitaran rumahnya yang banyak habuk yang datang dari kilang berdekatan.. Sedih kan?
Akhir kata, jangan lah sesekali kita BUANG kucing yang ada hanya kerana kita malas atau tidak berusaha menangani masalah alahan yang ada! Ada satu kisah di satu lamanweb mengenai pemilik kucing yang membuang kucingnya kerana sebab ini. Anehnya selepas kucing tu dah tiada, pemilik kucing ini masih mengalami alahan. Setelah mendapat rawatan di hospital, didapati kucingnya bukan lah penyebab utama dia mengalami alahan, sebaliknya kerana persekitaran rumahnya yang banyak habuk yang datang dari kilang berdekatan.. Sedih kan?
 










 
 
0 Komen:
Catat Ulasan