RESEPI PERTAMA.
Sumber: http://nadhomebakery.blogspot.com
Bahan2 :-
3 1/2 cwn tepung gandum
170 gm unsalted butter (aku guna marjerin biasa)
2 cwn gula castor
3 biji telur
6 s/b red colouring
3 s/b cocoa powder
1 1/2 sk esen vanila
1 1/2 sk garam
1 1/2 cwn buttermilk (susu cair campur perahan jus limau)
1 1/2 sk cider vinegar / cuka biasa
1 /1/2 sk baking soda
Cara membuatnya :-
1. Pukul butter, gula castor dan telur hingga kembang n gebu.
2. Masukkan red coluring, cocoa powder dan sen vanila. Pukul lagi
3. Masukkan garam dan buttermilk diselang-selikan dengan tepung gandum. Pukul hingga abis.
4. Akhir sekali. campur baking soda dengan cuka biasa tunggu hingga berbuih dan masukkan kedalam bancuhan tadi. Pukul rata.
5. Kukus selama 25 minit. (aku guna bekas food container 1 kg macam kat gambar tu. 1 bancuhan dapat 3 container)
cream cheese frosting
500 gm cream cheese (guna brand Tatura)
250 gm mentega
200 gm gula aising
1 sudu jus lemon
Pukul kesemua bahan sehingga kembang.
Sapu/hiaskan keatas kek mengikut kesukaan masing2.RESEPI KE DUA
Sumber : http://bakery2embroidery.blogspot.com
Bahan2 (Guna Loyang 8")
Bahan A
1 1/2 cwn gula kastor/granulated sugar - bleh kurangkn ckit klau nk
225ml minyak masak
3 biji telur Gred B
sedikit esen vanila
Bahan B
225ml susu segar dlm kotak/susu cair
1 1/2 sudu besar pewarna merah pekat
1 sudu teh cuka
- satukan bersama
Bahan C
2 1/2 cwn tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko
2 sudu teh baking powder
- ayak bersama
Bahan Cheese
250gm cream cheese
1/4 cwn gula kastor
1 biji telur Gred B
2 sudu besar susu segar/cair
sedikit esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
Cara2
1. Satukan bahan cheese & pukul hgga kembang & lembut
Pukul adunan cheese
Pukul hgga kembang
Adunan cheese yg dh siap
2. Satukan Bahan A dlm mangkuk & kacau sebati. Akak kacau guna sudu je..
3. Masukkn B & C ke dlam Bahan A dlam Langkah 2 td. Masukkan secara berselang-seli. tepung, susu, tepung, susu & akhir sekali tepung. Kaup balikkan hgga sebati
Masukkn tepung.. kaup balikkn hgga sebati
Masukkn campuran Bahan B. Kacau sebati
4. Tuang adunan kek ke dalam loyang yg telah digris & dialas ngn kertas
5. Tuang plak adunan cheese. ratakan
Masukkn adunan cheese
Lorekkn ikut suka
6. Kukus selama 1 jam @ hgga kek masak sepenuhnya... resepi asal kena bakar. Loyang kek kena tutup ngn aluminium foil. Penutup kukusan pn kena balut ngn kain bersih.
Panaskn kukusan terlebih dlu. Bila akak katakn kena panaskn terlebih dahulu, maknanya ... air dlm kukusan kena mendidih dlu baru masukkn loyang kek..
Baru kuar dr periuk kukusan
Bila kek dh sejuk, kuarkn dr loyang
Potong2...
RESEPI KE TIGA
Bahan-bahan
- *2 cawan tepung kek/superfine
- *2 sudu besar serbuk koko
- *1 sudu kecil baking powder
- *1 sudu kecil soda bicarbonat
- *1 sudu kecil garam
- 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu besar pewarna merah
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
- 2 biji telur A
- esen vanila
Topping
- 250g cream cheese @ satu ketul
- 1/2 cawan whipping cream
- 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
- 1 sudu besar jus perahan lemon
Cara-cara
- Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
- Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
- Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
- Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus.
- Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.
0 Komen:
Catat Ulasan