This one i like to try......sedapppppppppppp ...sesuai tuk minum petang or memeriahkan masjlis kan... :P
Bahan-bahan krim puff:
150 gm margerin
150 gm tepung gandum
1 cawan air (250ml)
4 biji telur saiz B
1/2 sudu teh garam
Cara membuatnya:
1. Masukkan air ke dalam periuk. Didihkan. Masukkan margerin dan biar cair. Masukkan tepung sekaligus dan kacau cepat-cepat dengan senduk supaya jadi kental seperti doh.
2. Biarkan sejuk seketika.
Sementara tu sediakan kastard sebagai inti.
2 biji telur dipukul sebentar
2 biji kuning telur dipukul sebentar
3-4 sudu besar gula (ikut citarasa)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
190 ml susu segar (boleh ganti dengan susu cair)
2 sudu besar perahan oren (jika suka)
300 ml krim putar
Cara membuatnya:
1. Masak semua bahan di dalam periuk dengan api perlahan. Kacau sentiasa sehingga kastard pekat. Ketepikan.
Cara menyediakan Krim puff:
1.Masukkan doh tadi ke dalam mangkuk. Masukkan garam dan telur satu persatu. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam piping bag. Guna nozzle untuk samprit (bunga). Paipkan ke dalam loyang yang telah disapu margerin seperti dalam gambar.
3. Buat hingga habis. Bakar pada suhu 200 darjah Celsius selama 20 minit. (10 minit pertama letakkan loyang di bahagian bawah dan 10 minit ke dua pindahkan ke tengah oven supaya krim puff masak cantik)
4. Setelah masak, belahkan bahagian tengah puff dan isikan kastard tadi. Sedia dihidang..
** kalau tak ada masa nak buat kastard, boleh juga dimakan dengan kaya atau madu
0 Komen:
Catat Ulasan