A day with Sup Ikan Merah....dah lama sebenarnya nak try masak nih....duk teringat ingat jer masa makan kat johor ....so try kromo jer nih...
Sup tumis cam biasa , cuma lebihkan halia and plus asam untuk hilangkan hanyir ikan... dah siap hidangkan ngan sambal kicap...waaalah...hihihi syok sendiri tapi sedapppppp... resepi lebih kurang cam kak An punya tapi ada gak la bahan yang miss tak masukkan.....so saya sertakan resepi dari Kak An dan selamat mencuba...
Bahan-bahan:
1 ekor ikan merah +/- 300 gm- potong 3
1 sudu besar rempah sup Adabi-serbuk <--nih saya tak bubuh..:)
1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 1 inci kulit kayu manis, 3 biji buah pelaga
4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1/2 inci halis- dihiris halus
minyak untuk menumis
daun sup, bawang
1 sudu teh Asam Jawa Xtra Adabi
1 biji tomato dibelah 6_ ikut citarasa
3 biji cili padi diketuk- jika suka
1 batang seleri dihiris nipis <---nih pun ikut suka nak buh ke idak yer...:)
1/4 labu bawang besar holland dihiris kasar
air, garam secukupnya
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan.
2. masukkan 2 cawan air dan rempah sup. masukkan cili padi, asam jawa, seleri, bawang besar, tomato dan biarkan mendidih selam 5 minit supaya rempah masak.
2. Masukkan ikan dan garam. Tutup periuk dan didihkan lagi 5 minit. Rasa garamnya dan taburkan daunsup dan bawang yang dihiris halus.. jika sudah cukup rasanya bolehlah dimatikan api dan dihidang.
*** tambah air jika ingin kuah yang lebih banyak. Sup akan terasa manisnya selepas lebih kurang 10 minit api dimatikan.. tak tau kenapa, mungkin masa ni air daripada ikan dah sebati dengan kuah. (K.An tak pernah letak gula dalam sup sebab K.an suka rasa manis semulajadi daripada ikan, sayur daging atau tulang)
hihiih...saya masak ikut suka hati jer bahannyer and hasilnya seperti gambar kat atas tu la...leh tahan gak kan...tapi tuk rujukan kekawan better amik yang lebih teratur n mudah difahami...selamat mencuba..
0 Komen:
Catat Ulasan