Resepi Vadei...

Hi ....

Every friday...tuesday...ada satu aktiviti yang ditunggu2 ..

"Singgah pasar malam ...beli vadei."

Lain dari yang lain la.....nipis dan garing serta cukup rasa..menjadi dambaan tekak setiap minggu
Baik suami, mahupun saya...



Hari Jumaat ...pasar malam bukit changgang dan selasa pula...pasar malam olak lempit...huhu

Tetiba hari isnin pun dia(Suami saya..hihi) mencari juga...haila....kena try buat sendiri ni...

huhu...mencari resepi yang paling simple dan mudah...maka terjumpala di blog

Resepi Sheila Rusly
sumber : http://www.resepisheilarusly.com

Sebenarnya beli barang nak buat lama dah...so bahan dah ada..semalam try test resepi..

Mari kita mula memasak....jom masuk dapur





Bahan-bahan:-
250 gm. kacang dal Australia kerana ia lebih lemak dan kurang bau.
-   Basuh dan Rendam selama 4 jam atau lebih. Selepas tempoh rendam, kisar sedikit dan toskan dalam penapis. 

Nota: 
-  Sebelum kisar keseluruhan kacang dal , ambi dua sudu besar  dan simpan.
tips saya: ambil lebih pun ok , klu suka tekstur kacang yang lebih :
2 tangkai cili kering dihiris halus.
tips saya: nak pedas tambah je lagi cilinya...
1 labu bawang sedang dipotong dadu halus atau boleh hiris halus.
1 sudu kecil  biji jintan manis.
6-8 helai daun kari dicincang.
1/2 sudu kecil garam masala 
1/2 inci halia dicincang halus.
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng.



Cara-cara:-
1. Masukkan kacang dal yang telah rendam itu dalam mesin kisar(blender). Kisar kacang dal di tambah air sedikit demi sedikt semasa kisaran. 
tips saya: lebih baik kisar kering , klu kisar guna air kena tapis pula nanti. :
2. Biar hasil kisaran anda halus sedikit. Asingkan hasil kisaran dalam satu bekas penapis untuk tos airnya.
tips saya: klu suka tekstur kacang , x perlu halus sangat......
3. Bila hasil tos anda agak dintara kering dan basah,
tips saya:klu kisar kering x perlu toskan ...teruskan je ke  step di bawah..
masukkan daun kari, bawang , biji jintan manis, hirisan cili kering dan garam masala, halia cincang dan garam dalam sebuah bekas. Gaul rata secara ambil setapak tangan hasil kisaran tepukan kepada  hasil kisaran yang terdapat dalam bekas.
4.  Ia sebenarnya cara masukkan udara dalam adunan bagi hasil vadei anda gebu dan lembut. Kalu anda buat tosei juga perlu buat cara ini dengan memukul tepung tosei itu. Masukkan kacang dal yang telah diasingkan tanpa kisar. Adunkan sama rata.
3. Ambil hasil pes campuran dan jadikan bulat dan leperkan di atas tapak tangan anda. Tentukan guna sarung tangan plastik dan basah sedkit dengan permukaan sarung tangan anda supaya pes kisaran tidak melekat di tapak tangan anda. Anda juga boleh lakukan dengan daun pisang.
tips saya:saya terus tempek ja atas tangan...ok juga...:)
4. Panaskan dan tentukan minyak gorengan boleh menenggelami “vadei”.  Minyak perlu cukup panas 
tips saya:pastikan bebetul panas yer.....
sebelum mulakan gorengan. Mulakan gorengan dengan api dapur yang sederhana. 
5. Kalau minyak tak cukup panas vadei anda akan bertaburan dalam minyak. Kalau api dapur atau minyak terlalu panas anda boleh kecil apa dapur untuk vadei masak sempurna.
6. Jangan goreng terlalu banyak kuantiti dalam kuali  kerana Ia akan menurunkan suhu minyak gorengan. Goreng 4 atau lima, dan tentukan ia tidak bertindeh di antara satu sama lain. 
7. Suhu minyak perlu dijaga sentiasa jika  tidak vadey anda bertabur dalam kuali atau pun hangus sebelum masak. Masa gorengan selalunya 5-6 minit vadey anda cukup masak dan garing. 
8. Vadei yang masak biasanya akan terapung naik ke atas dan buih-buih semakin kurangan melalui vadei.


Ini la hasil masakan saya...huhuhu..

Selamat mencuba...sudi sudila snap hasil masakan anda dan selitkan pada komen post ini yer.
SELAMAT MENCUBA dan terima kasih kepada empunya resepi Puan Sheila Rusly.


0 Komen:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.