Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan

Resepi Biskut Famos Amos



Resepi 1:

Biskut Famous Amos
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.


Resepi 2:

Biskut Chocolate Chips versi 'gelap'

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan mentega unsalted (227g), suhu bilik
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3/4 sudu kecil baking soda
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 1/2 - 2 cawan coklat chip (semisweet)
  • 1/2 cawan badam cincang (almond nib), bakar seketika

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking soda dan garam.
  3. Dalam mangkuk berasingan, putar mentega bersama gula kastor dan gula perang sehingga putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang.
  4. Dengan kelajuan perlahan, masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan putar sebati.
  5. Masukkan pula coklat chip dan badam. Kacau sehingga adunan sekata dan rehatkan doh seketika.
  6. Griskan dulang dan lapik dengan kertas baking. Scoop dengan pencedok ice cream atau sudukan adunan di atas dulang dengan jarak yang jauh kerana biskut akan mengembang apabila dibakar.
  7. Bakar selama 15-20 minit.

Tips:

  • Untuk mendapatkan biskut yang lebih tebal tapi rangup, masukkan doh yang sudah di scoop ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.

Resepi 3:

RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS

1. Bahan A: Kacau Rata
Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.
  • 250 gram marjerin (saya guna Farmcow)
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
2. Tambahkan Bahan B
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak
  • *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat. (Saya guna 300gA)
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah 

Donut First Timer

Hi semua.....anak buah saya tere wat donut gebu gebas...

saya pernah tolong kawan and anak buah buat donut but tuk buat sendirian no yet...

huhu... time to try out...dah pernah minta resepi sebelum ni...tapi mana ntah letaknya..haisy

so kali kedua minta, fefaham la kan...hihihi

so langkah berjaga-jaga..kita paste je resepi di sini untuk peringatan diri dan kongsi dengan kekawan sekalian. Jom kita cuba..



Resepinya...

Bahan A

4 cawan tepung gandum
3 sudu besar majerin
1 biji telur
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil  garam
4 sudu besar susu tepung

Bahan B

1 paket mauripan (11g)
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula
1 cawan air suam

Cara-caranya:

  1. Bahan A-gaul rata hingga jadi seperti serbuk roti
  2. bahan B satukan sehingga berbuih
  3. satukan bahan A dan Bahan B, uli sampai tidak melekat pada tangan
  4. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan doh selama 1 jam
  5. Dah kembang , tumbuk² sikit don, kemudian terap.Biarkan seketika bagi doh yang telah dibentuk kembang sekali lagi.
  6. Goreng....salutkan dengan gula castor sebelum ngapppp..makan.


huhuhu....bentuk dah ada..first time buat tekstur agak fail.so going to try again later...maybe sebab saya uli sekejap sangat sebab dah kalut nak keluar jejalan lak...hihi..


Resepi Vadei...

Hi ....

Every friday...tuesday...ada satu aktiviti yang ditunggu2 ..

"Singgah pasar malam ...beli vadei."

Lain dari yang lain la.....nipis dan garing serta cukup rasa..menjadi dambaan tekak setiap minggu
Baik suami, mahupun saya...



Hari Jumaat ...pasar malam bukit changgang dan selasa pula...pasar malam olak lempit...huhu

Tetiba hari isnin pun dia(Suami saya..hihi) mencari juga...haila....kena try buat sendiri ni...

huhu...mencari resepi yang paling simple dan mudah...maka terjumpala di blog

Resepi Sheila Rusly
sumber : http://www.resepisheilarusly.com

Sebenarnya beli barang nak buat lama dah...so bahan dah ada..semalam try test resepi..

Mari kita mula memasak....jom masuk dapur





Bahan-bahan:-
250 gm. kacang dal Australia kerana ia lebih lemak dan kurang bau.
-   Basuh dan Rendam selama 4 jam atau lebih. Selepas tempoh rendam, kisar sedikit dan toskan dalam penapis. 

Nota: 
-  Sebelum kisar keseluruhan kacang dal , ambi dua sudu besar  dan simpan.
tips saya: ambil lebih pun ok , klu suka tekstur kacang yang lebih :
2 tangkai cili kering dihiris halus.
tips saya: nak pedas tambah je lagi cilinya...
1 labu bawang sedang dipotong dadu halus atau boleh hiris halus.
1 sudu kecil  biji jintan manis.
6-8 helai daun kari dicincang.
1/2 sudu kecil garam masala 
1/2 inci halia dicincang halus.
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng.



Cara-cara:-
1. Masukkan kacang dal yang telah rendam itu dalam mesin kisar(blender). Kisar kacang dal di tambah air sedikit demi sedikt semasa kisaran. 
tips saya: lebih baik kisar kering , klu kisar guna air kena tapis pula nanti. :
2. Biar hasil kisaran anda halus sedikit. Asingkan hasil kisaran dalam satu bekas penapis untuk tos airnya.
tips saya: klu suka tekstur kacang , x perlu halus sangat......
3. Bila hasil tos anda agak dintara kering dan basah,
tips saya:klu kisar kering x perlu toskan ...teruskan je ke  step di bawah..
masukkan daun kari, bawang , biji jintan manis, hirisan cili kering dan garam masala, halia cincang dan garam dalam sebuah bekas. Gaul rata secara ambil setapak tangan hasil kisaran tepukan kepada  hasil kisaran yang terdapat dalam bekas.
4.  Ia sebenarnya cara masukkan udara dalam adunan bagi hasil vadei anda gebu dan lembut. Kalu anda buat tosei juga perlu buat cara ini dengan memukul tepung tosei itu. Masukkan kacang dal yang telah diasingkan tanpa kisar. Adunkan sama rata.
3. Ambil hasil pes campuran dan jadikan bulat dan leperkan di atas tapak tangan anda. Tentukan guna sarung tangan plastik dan basah sedkit dengan permukaan sarung tangan anda supaya pes kisaran tidak melekat di tapak tangan anda. Anda juga boleh lakukan dengan daun pisang.
tips saya:saya terus tempek ja atas tangan...ok juga...:)
4. Panaskan dan tentukan minyak gorengan boleh menenggelami “vadei”.  Minyak perlu cukup panas 
tips saya:pastikan bebetul panas yer.....
sebelum mulakan gorengan. Mulakan gorengan dengan api dapur yang sederhana. 
5. Kalau minyak tak cukup panas vadei anda akan bertaburan dalam minyak. Kalau api dapur atau minyak terlalu panas anda boleh kecil apa dapur untuk vadei masak sempurna.
6. Jangan goreng terlalu banyak kuantiti dalam kuali  kerana Ia akan menurunkan suhu minyak gorengan. Goreng 4 atau lima, dan tentukan ia tidak bertindeh di antara satu sama lain. 
7. Suhu minyak perlu dijaga sentiasa jika  tidak vadey anda bertabur dalam kuali atau pun hangus sebelum masak. Masa gorengan selalunya 5-6 minit vadey anda cukup masak dan garing. 
8. Vadei yang masak biasanya akan terapung naik ke atas dan buih-buih semakin kurangan melalui vadei.


Ini la hasil masakan saya...huhuhu..

Selamat mencuba...sudi sudila snap hasil masakan anda dan selitkan pada komen post ini yer.
SELAMAT MENCUBA dan terima kasih kepada empunya resepi Puan Sheila Rusly.


Kek Batik

Yea.....akhirnya berjaya buat kek batik yang ok..

unfortunately i cant eat it...tapi sib baik ada kekawan ofis as tester juga...





thank sahabat sekalian.

Image result for kek batik

Bahan-bahannya:-

2 cawan milo
2 sudu besar serbuk koko
1 tin susu pekat manis(ini boleh dikurangkan jika tak suka manis)
1 buku buttercup or 250g mentega.
1 paket biskut marie- saya guna biskut marie coklat munchy's
1 sudu teh esen vanila(jika x masukkan x per)



Cara-caranya:-

1.cairkan mentega dalam periuk dengan dipanaskan atas api kecil.
2.dah cair, tutup api dan masukkan kesemua bahan lain kecuali biskut marie.
3.gaul sebati dan pastikan milo dan serbuk koko tidak berketul.
4.panaskan semula di atas api kecil sehingga pekat dan berkilat.
5.Tutup api, dan masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan.Gaul rata.
6.Masukkan ke dalam bekas dan tekan supaya adunan padat.kemudian masukkan ke dalam peti ais untuk dibekukan.(sekadar didalam freezer, bukan sejuk beku).Minimum 1 jam.
7. Setelah siap , boleh la dipotong dan dihidangkan.

TIPS: asingkan sedikit adunan sebelum memasukkan biskut marie, slps siap masukkan didalam bekas dan dipadatkan..akhir sekali tuang adunan yang diasingkan untuk mendapatkan permukaan yang cantik di atas sekali.  INILAH CARA SAYA..
   
Sekian, mudahkan....selamat mencuba. Snap Pic la hasil KEK BATIK anda di ruangan komen yer...huhu



Resepi Biskut Badam


285g tepung gandum
170g tepung jagung
170g mentega
200g gula
4 biji telur kuning
140g badam hancur
1 sudu teh esen vanila

1.       Pukul mentega n gula hingga kembang, masukkan kuning telur n vanila
2.       Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam.Adun sehingga sebati
3.       Canai doh dan tekap dengan acuan n sapukan kuning telur
4.       Bakar pada suhu 180c selama 15 minit.

Paste for rujukan sendiri n kekawan.Thanks pada Puan Balkhis for this recipe. :)


My Dearest Irdina in action...wat kuih Badam..huhu..



Meow Meow...

Versi yang comel setakat ini...huhu...save tuk di cuba....thanks pada yang kongsikan resepi ini.


sumber:http://qaseyhoney.blogspot.my/2013/08/biskut-pelangi-lidah-kucing.html

BISKUT LIDAH KUCING PELANGI
Olahan resepi Fatmah Bahalwan NCC

Bahan2
250gm mentega
175gm gula kastor
100ml putih telur
200gm tepung gandum (QH guna tepung redrose)
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
Pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah

Loyang lidah kucing digris dengan mentega (QH tak letak sebab lupa – tapi biskut tak melekat bila dikeluarkan sejuk/suam dari acuan)

Caranya
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata. (QH putarkan sebentar dengan mixer)
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan pewarna berlainan.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozel bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.(QH tak gunakan nozel…hujung piping bag tu QH potong sama besar dengan yang lain)
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 15minit. Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menengelamkan warna pelangi.
7. Biarkan sejuk dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Kuih berRaya...

Salam di perantauan....tak la jauh sangat merantaunya...still dalam MALAYSIA..hihihi
hmmm...dah tinggal seminggu baru la nak bertungkus lumus buat kuih raya...pergh...
tawakal je jadik ke idak nih...


gambar copied pakcik google nyer picture....

tema tahun nih..."veteran tetap tak dilupakan"...so antara resepi termudah yang dicari...
dapatla biskut kacang a.k.a mazola dan biskut semprit..hihihi..

dan kuih yang tak menjadik tahun nih adalah ....mesti tak percaya kan..kuih yang senang tak guna oven pun tak jadik..kuikuikui...

Kuihnya ialah badam salut coklat...disini berlakunya pembaziran...hmm...nak wat camna benda dah jadik kan..wat iktibar..lain kali cuba lagi...tuh la ayat penyejuk diri sendiri...hahahhaha..

opss...gambar kuihnya ... 
resepi biskut mazola a.k.a kacang tanah

resepi biskut semprit

yang bawah sekali tuh kuih tunjuk...yang dua bekas atas tuh ajer homemade dari saya...ini ajer la ole-ole di kejauhan buat keluarga tersayang di utara dan selatan....yang utara , itu sebagai pengganti diri yang tak dapat balik beraya tahun nih...sbb dah ikut schedulenya turn selatan....MAAF ZAHIR DAN BATIN yer...


Projek Akhir Bulan Jun

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Sempena besday Mr Chomot on 27.06 yang lalu, seperti biasa MC akan buat something untuk kongsi ngan kekawan......so this time projek baik punyaaaaaa MC is APAM Polko Dot...

Selalu tengok ja gambar ......and duk planning dalam fikiran ja....nak buat..nak buat..nak buat..tak jugak buat..hahhahah

so this time tekad untuk camuk kan dapuq......

setelah berhempas pulas at dapuq maka.......

abis comot.....

Taraaaaaaaaaaaaaaaa....nih la hasilnya...alhamdulilah ada juga la rupanya dan rasa kan......
Sila la yer nikmati gambaqnya saja......maaf...dah abis dah ....next time kay ...


Nih la APAM Polko Dot with Tropika Fruit Jem versi MC....








jenuh jugak nak dot kan ...lenguh...dah la kecik kiut miut...cabaran sungguh....bila keluaq comey ...lega rasa...

Selamat Hari Tua Mr Chomot...moga kita sempat tua bersama-sama yer......dah 31 Tahun yer..kejap je then masuk 40tahun.....lepas tuh kita pi beli tongkat sesama yer....klu itulah takdirnya...

Ok la kekawan semua......apa pulak yer next projek ....oo lupa ada lagi projek jahitan yang tak load lagi...nanti MC kongsikan yer...kot kot la boleh jadik sumber inspirasi orang lain pulak untuk mencuba.....

ok...jumpa lagi..

Puding Roti Bersos Vanilla








Bahan-bahan

Bahan A
500 ml susu segar
8 keping roti (gardenia)


Bahan B

4 s/b gula halus
2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 s/b tepung jagung
(boleh tambah kismis/serbuk cinnamon, kalau suka)


Bahan C-kuah

1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula


Cara-cara

Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
Kacau dan gaul rata bahan B.
Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang

sekian, selamat mencuba....

sumber:http://pipicomel.blogspot.com/2009/09/puding-roti-bersos.html
Dikuasakan oleh Blogger.